Tuesday 23 October 2012

# Refleksi minggu 7#


semangat nak balik kampung^^

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Kelas komputer hari ini tidak seceria minggu lepas sebab ramai yang tidak hadir..balik kampung^^. Kepada semua sahabat saya yang pulang ke kampung berhati-hati di jalan raya ye. Ingatlah orang tersayang:)

Kembali kepada mood di dalam kelas. Pengajaran pada minggu lepas diteruskan lagi pada minggu ini. Puan Hafizah tidak dapat meneruskan pengajaran seterusnya kerana ramai yang tidak hadir ke kelas. Puan hanya meminta kami memastikan bahawa survey yang telah dilakukan pada minggu lepas diberi respon oleh kawan. Kami boleh menghantar survey tersebut melalui yahoo mail/gmail atau facebook. 
http://www.surveymonkey.com/s/DRYRZYD

hantar melalui 



Kami perlu pastikan individu lain memberi respon kepada survey yang dijalankan kerana ia akan di analisis menggunakan SPSS Statistics


penerangan tentang spss akan menyusul pada minggu hadapan



Sebelum kelas tamat pada hari ini, Puan Hafizah sekali lagi mengingatkan kami tentang tugasan pada minguu hadapan. Kami perlu menyediakan slideshow untuk pembentangan tentang tajuk tugasan kami. Persediaan yang rapi perlu dijalankan kerana ada sesi soal jawab selepas sesi pembentangan. Kami perlu memahami dengan sebaik mungkin tajuk tugasan tersebut sebelum menyampaikan maklumat di dalam kelas. Semoga kami semua dapat jalankan pembentangan pada minggu hadapan dengan sebaik mungkin. InsyaAllah.



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA! 

RAYA..RAYA! ASGMENT JANGAN DILUPAKAN


WASSALAM^^ 

No comments: