Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulilah..kita masih diberi kesempatan untuk bertemu lagi di minggu ke enam. Saya sentiasa menantikan kehadiran hari Rabu kerana kelas komputer dalam pendidikan sangat seronok. Saya juga banyak mendapat ilmu baru berkaitan dengan komputer, Rupanya terlalu banyak perisian yang terkini dan saya masih belum terokai. Biasalah, saya ni buta IT^^.
Puan Hafizah memperkenalkan perisian secara percuma yang memberi manfaat kepada semua. Apa lagi jom kita tengok apa yang telah dibincangkan di dalam kelas pada hari ini^^.
Nampak tak logo kat atas? SURVEYMONKEY...
siapa pernah dengar dan guna survey monkey??
* Tak pernah guna ye. Jom kita berkenalan dengan surveymonkey*
APA ITU SURVEYMONKEY?
Survey Monkey merupakan satu perisian yang mana boleh memudahkan individu untuk membuat soal selidik dengan dapat menjimatkan masa, tenaga, wang dan sebagainya. Di samping itu, melalui penggunaan SurveyMonkey juga akan memudahkan pengguna untuk menganalisis data yang dikaji.
Anda boleh memulakan pengembaraan anda dengan surveymonkey menggunakan link di bawah:
LANGKAH 1 |
LANGKAH 2 |
LANGKAH 3 |
LANGKAH 4 |
Selepas siap proses menulis tittle dan kategori. Anda boleh klik continue dan boleh create soalan. Tetapi, perlu diingatkan bahawa hanya 10 soalan pertama boleh dibuat secara percuma. Soalan seterusnya anda perlu membayar dengan perisian tersebut.
Ini adalah contoh soalan yang saya dan rakan sekumpulan hasilkan dengan menggunakan SurveyMonkey.
CONTOH SOALAN |
Saya dan rakan sekumpulan perlu menghasilkan soalan yang berkaitan dengan tajuk tugasan pada minggu lepas. Kami bertiga mendapat tajuk Perisian Sumber Terbuka (open source software). Kepada semua sahabat blog, minta jasa baik anda untuk jawab soalan yang dihasilkan oleh kumpulan kami ye. Ianya membantu kami untuk membuat penilaian ke atas soalan yang dihasilkan. Jasa anda akan kami hargai.^^
____________________________________________________________________________________________________
Selain daripada SurveyMonkey, kami juga diberi pendedahan tentang membuat soalan menggunakan googledocs (penerangan google docs pada minggu 3 )
Anda boleh memulakan pengembaraan anda dengan surveymonkey menggunakan link di bawah:
LANGKAH 1 |
LANGKAH 2 -Klik pada create kemudian pilih Form- |
LANGKAH 3- -isikan soalan beserta cadangan jawapan- soalan yang ingin diberikan TIADA HAD! |
CONTOH SOALAN |
Saya dan rakan sekumpulan berjaya menyiapakan soalan mengenai Perisian Sumber Terbuka menggunakan Google Docs. Kami amat berbesar hati jika anda semua sudi untuk menjawab soalan yang telah kami hasilkan (soalan perisian sumber terbuka). Ianya amat penting untuk mengukur dan menilai tahap kefahaman anda tentang perisian sumber terbuka. Selamat menjawab soalan kami ye. Ianya semudah ABC^^.
_______________________________________________________________________________
Pada pendapat saya, kedua-dua perisian tersebut mempunyai kebaikan dan kelemahan. Semuanya bergantung pada individu yang menggunakannya. Saya lebih suka menggunakan google docs kerana ianya lebih teratur dan tidak rumit. Apa yang paling penting, ia boleh digunakan secara percuma untuk menghasilkan soalan lebih daripada 10.
Saya berharap agar refleksi saya pada minggu ini dapat membantu anda semua untuk memahami dengan lebih lanjut apa itu SurveyMonkey dan GoogleDocs serta cara untuk menggunakannya di dalam kehidupan seharian.^^
RENUNG-RENUNGKAN dan SELAMAT BERAMAL^^
No comments:
Post a Comment