Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Terima kasih kerana masih sudi menjenguk blog saya. Semoga segala maklumat dalam blog ni dapat membantu saudara/saudari dalam menyiapkan tugasan seharian. Setiap saat jam berputar. Setiap minit jam bergerak. Putaran masa yang berlaku tidak disedari lantaran kerana terlalu leka. Leka dengan gelak tawa, leka dengan tugasan, leka bahawa PERPISAHAN antara kita semakin hampir.
Pada minggu ini, kami perlu membentangkan tugasan terakhir. Kami diminta untuk menyiapkan slaid se'grand' yang mungkin dan aplikasikan semua perkara yang telah diajar oleh Puan Hafizah. Sebgai contoh, masukkan lagu, hyperlink, animations dan sebagainya.
Setiap kumpulan membentangkan dengan cara yang tersendiri. Kumpulan pertama ialah Qudsiyah dan Solehah. Pembentangan mereka sangat HEBAT! Masa diorang bentang, rasa macam duk kat parlimen pulak. Penerangan yanga sangat MANTAP ^^
( KEMAHIRAN ABAD KE21 )
Seterusnya, kumpulan Rahil dan Razi. Slaid diorang sangat CANTIK, CUTE, COMEL tapi tuannya tak comel okey.. hihihi.. (Rahil..sila jangan marah ye). Masa diorang bentang, rasa macam duk negara sejuk.. alal-ala KOREA. Pembentangan mereka sangat 'awesome' dan mudah difahami.
( KEMAHIRAN BERFIKIR & ICT )
Pembentangan seterusnya dari kumpulan Cherry Boom Boom dan Tan Sri Zaim. Masa Cherry bentang ada sedikit masalah teknikal. Lagu yang dimasukkan tidak keluarkan bunyi namun ia dapat diatasi :) Cherry membentangkan tajuk nya dengan bersungguh-sungguh. Muncul pula giliran Tan Sri. Yang ni tak suka sebab last pembentangan Tan Sri, Tan Sri buat ayat yang mengguris jiwa. Memang air mata di hujung tanduk masa tu + dengan lagu yang sentimental. Pang kan! Korang sangat SWEEET !!
( E-LEARNING & MOBILE LEARNING )
Pembentang yang seterusnya ialah jejaka-jejaka yang macho. Pokloh dan Fitri (sebelum tu, terima kasih Fitri sebab bagi keychain cute dari Australia ). Persembahan diorang menarik + lagu yang rancak. Kalau ada Pokloh, memang tak pernah kering gusi. Ada je lawaknya. Fitri menerangkan dengan sebaik mungkin tajuk kumpulan mereka. Penerangan mereka sangat JELAS dan SEMPURNA!
( WEB 2.0 )
Kumpulan seterusnya ialah kumpulan saya sendiri. Alhamdulilah, tiada halangan yang berlaku semasa pembentangan dijalankan. Semua yang kami rancang berjalan lancar. Kami sangat gembira kerana tiada komen daripada Puan Hafizah. Terima kasih Puan. Pembentangan yang pertama telah mengajar kami untuk memperbaiki kesilapan diri. Terima kasih kepada ahli kumpulan saya yang sangat 'AWESOME'.
( PERISIAN SUMBER TERBUKA )
Last but not least, kumpulan terakhir ialah Dila dan Ziera. Mereka mengalami banyak masalah teknikal namun berkat semangat yang diberikan oleh kawan sekelas dan Puan Hafizah, mereka dapat melakukan yang terbaik!. Mereka menyampaikan isi-isi slaid dengan RINGKAS, PADAT dan MUDAH FAHAM!
(ETIKA PENGGUNAAN INTERNET & KOMPUTER )
Alhamdulilah..selesai juga pembentangan terakhir kami :(
Memandangkan ini adalah kelas terakhir kami, kami bagi SUPRISE untuk Puan Hafizah!
|
Sempat ambik yang ni je ^^
Puan.. Sweet tak kami? :) |
|
Kami sayang Puan Hafizah. Doakan kami semua berjaya dalam peperiksaan.
Halalkan segala tunjuk ajar yang diberi. Maafkan kami andai kami melukakan
perasaan Puan. Kami akan rindukan puan :( |
|
Semoga perpisahan ini bukan perpisahan yang terakhir :) |
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad