Monday 5 November 2012

# Refleksi minggu 8 #

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi singgah di blog saya ye:)
Alhamdulilah..kita masih diberi peluang untuk bertemu pada minggu kelapan kuliah pada semester ini. 
Pada hari ini, saya dan sahabat yang lain diberi tugasan untuk membentangkan tajuk tugasan kami dan menilai secara tidak langsung survey yang telah dijalankan pada minggu lepas. 

Saya., Faten Nazren dan Atiqah Mansor adalah kumpulan pertama yang perlu membentangkan tajuk tugasan kami iaitu PERISIAN SUMBER TERBUKA. Walaupun kami sendiri kurang memahami tajuk tugasan yang diberi namun kami cuba lakukan sedaya upaya untuk menerangkan kepada kelas. Walaubagaimanapun, saya agak kecewa kerana soalan yang ditanya oleh Puan Hafizah tidak dapat dijawab dengan sebaik mungkin. InsyaAllah, saya akan memperbaiki kelemahan diri saya. Selepas perbentangan dijalankan, Puan Hafizah meminta kami tunjukkan hasil kajian yang telah dilakukan pada minggu lepas. 


Semua pelajar kelas membentangkan tajuk masing-masing dengan begitu baik dan berkesan. Maklumat yang di sampaikan oleh mereka mudah difahami. Selain itu, setiap soalan yang ditanya boleh dijawab dengan baik. Saya dan rakan sekelas bersepakat untuk berkongsi maklumat dengan memuat naik slide yang telah dibentangkan di dalam facebook. Sebelum tamat kelas, Puan Hafizah meminta kami membaca serba sedikit tentang SPSS supaya kami mudah memahami tajuk tersebut. 



bye.. WASSALAM^^

No comments: