Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca blog saya:)
Pada minggu kedua kelas Komputer Dalam Pendidikan, saya telah diberi tugasan untuk membincangkan
perbezaan antara menghantar mesej melalui Yahoo Group dan melalui e-mail peribadi?
( Soalan ini perlu dibincangkan di dalam facebook mengikut kumpulan )
Antara jawapan yang dibincangkan adalah:
- Melalui Yahoo Groups, kita mudah untuk mendapatkan maklumat daripada semua pihak.
- Email peribadi, ianya hanya komunikasi yang berlaku secara interpersonal.
- Yahoo Groups lebih bersifat terbuka dan menyebabkan segala post kita boleh dibaca oleh semua ahli kumpulan.
- Email peribadi ia lebih bersifat rahsia dan hanya kita boleh membacanya.
- Yahoo Groups tidak terdapat signature secara automatik dan kita perlu mengedit semula signature tersebut.
- Email peribadi pula mempunyai signature yang keluar secara automatik.
- Melalui Yahoo Groups, kita hanya boleh menulis mesej dan tidak boleh menukar kewujudan post seperti pertukaran font, latar belakang dan sebagainya.
- Melalui email peribadi, kita boleh lakukan apa sahaja terhadap mesej yang hendak di post.
Selain daripada mendapat tugasan, saya juga telah di perkenalkan media penyimpan yang terkini, iaitu ...........
- Dropbox adalah media penyimpan (storage) yang menawarkan ruang penyimpanan sebesar 2 GB.
- Dropbox juga bertindak seperti ''poket doraemon'', iaitu tempat untuk kita simpan barang.
- Hal ini kerana, apabila kita install software dropbox dalam komputer atau laptop atau smart phone, kita boleh melihat kembali dokumen yang telah disimpan.
Sebagai contoh:
saya masukkan folder konvokesyen dalam DROPBOX tu dekat komputer rumah.. dan saya balik kampung dengan sebuah laptop yang sudah mempunyai DROPBOX.. Saya boleh kongsikan gambar tersebut dengan keluarga di rumah tanpa perlu membawa salinan bersama. Mudah kan?
PROSES DROPBOX |
1) Memudahkan perkongsian dokumen
2) Sokongan dokumen secara automatik
3) Senang digunakan berbanding yang lain
MACAM MANA INSTALL DROPBOX?
- Mula-mula download Dropbox kat [SINI ]
- Lepas tu, run fail yang sudah di download.
- Ikut proses langkah demi langkah.
- Daftar akaun ( email dan kata laluan kena ingat )
- Tahniah! Dropbox anda dah siap.
MACAM MANA NAK GUNA DROPBOX?
Selepas siap install dropbox, anda akan nampak ada icon DROPBOX kat tray bawah kat sebelah kanan sebelah jam. Kalau icon ada simbol refresh warna biru, bermaksud fail anda tengah di sync/download. Untuk mengetahui status fail anda, anda boleh rollover mouse anda. Manakala icon yang ada simbol tanda warna hijau bermaksud fail anda sudah berada di sync/download.
Untuk menyimpan fail dengan diri anda sahaja, anda boleh create folder dalam dropbox dan letakkan fail tersebut dalam folder tersebut.
Kalau anda ingin berkongsi dengan orang lain, anda boleh klik kanan dekat folder anda dan pilih Dropbox > share this folder...
Alhamdulilah.. perkongsian ilmu untuk minggu kedua telah selesai. Semoga pembaca blog ini memahami tentang konsep DROPBOX. Semoga anda semua dapat manfaat daripada refleksi yang telah saya kongsikan.
p/s: terdapat penggunaan perkataan bahasa inggeris kerana sukar untuk diterjemahkan dalam bahasa melayu.
SELAMAT BERAMAL DAN SELAMAT MENCUBA!
No comments:
Post a Comment