Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog saya.
Pada hari ini, saya belajar tentang perkara baru mengenai GOOGLE DRIVE.
Google drive adalah perkhidmatan freemium yang disepadukan dengan perkhidmatan syarikat sistem yang lain-lain termasuk Google Docs, Gmail, Android, Chrome, YouTube, Picasa, Google Video, Google Analytics dan Google+. Kita boleh menyimpan data (fail, muzik, video dan lain-lain) di web seluruh dunia dan memberi manfaat kepada diri kita.
Boleh akses di mana sahaja anda berada
Boleh akses di mana sahaja anda berada
Google Drive boleh di akses di mana-mana sahaja. Di rumah, di pejabat mahupun di tempat rekreasi asalkan mempunyai talian internet. Oleh itu, anda tidak perlu risau kerana bahan anda sentiasa berada di sisi. Untuk permulaan dapatkan 5 GB dengan percuma.
Google Drive disediakan untuk :
- PC dan Mac
- Chrome dan Os
- iPhone dan iPad
- peranti Android
Simpan fail anda di tempat yang selamat
Telefon dan komputer riba anda tidak dapat dihidupkan. Anda jangan risau kerana apa perkara yang berlaku kepada peranti anda, fail anda telah selamat disimpan di Google Drive.
Di luar simpanan. Kerjasama
Selain itu, Google Drive membolehkan membuat sesuatu yang bukan hanya untuk menyimpan fail. Kongsi fail yang anda inginkan dengan tepat dan edit dari mana-mana peranti pilihan sendiri.
Google Drive juga memberi anda mengakses ke Google Docs dengan cepat, ia adalah satu alat penyuntingan yang menjadikan tugasan anda lebih baik dan kemas. Ia juga boleh dikongsi bersama rakan sepasukan yang lain walaupun dalam jarak yang jauh. Melalui penerangan yang diberikan oleh Puan Hafizah di dalam kelas, Google Docs juga boleh digunakan untuk menggantikan MICROSOFT OFFICE WORD. Jadi, anda tidak perlu risau jika pergi ke cyber cafe yang tiada microsoft word. Anda boleh menggunakan google docs untuk menyiapkan tugasan.
__________________________________________________________________________
Setalah selesai pembelajaran Google Drive, saya dan rakan sekelas mendapat tugasan untuk mencari tentang perbezaan di antara CMS dan LMS?
Saya tidak pernah mendengar perkataan CMS dan LMS dalam dunia komputer. Jadi, agak sukar untuk menyiapkan tugasan tersebut. Alhamdulilah, setelah melakukan beberapa kajian menggunakan enjin pencarian GOOGLE, saya dapat memahami tentang CMS dan LMS dengan jelas. Terima kasih encik GOOGLE.
CMS ( Course Management System )
- Kursus sistem pengurusan -
Terdapat beberapa definisi yang dikemukan oleh pakar tentang CMS. Menurut John Meerts, CMS adalah satu alat yang meringankan beban tenaga pengajar kerana ia membenarkan pengajar meletakkan maklumat di web tanpa perlu mengetahui atau memahami HTML atau bahasa komputer yang lain. Selain itu, para pengajar boleh membina kandungan kursus atas talian dengan mudah dan cepat di samping boleh mengajar dan mengurus kursus tersebut melalui satu set alat dan rangka kerja yang telah disediakan. Melalui set alat tersebut juga, pengajar boleh berinteraksi dengan pelajar mereka.
Manakala menurut pandangan Saul Carliner, CMS pada dasarnya direka untuk dunia pendidikan atau akademik bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Saul Carliner berpendapat bahawa pengajar perlu mempunyai sedikit pengetahuan tentang dunia komputer. Hal ini kerana, CMS membolehkan pengajar dengan mudah mencipta khusus laman web dengan melihat contoh atau muat naik dokumen yang yang sedia ada dalam PowerPoint, Word, Excel, Acrobat dan format lain tanpa perlu menukar kepada format web seperti HTML.
- Untuk menyimpan bahan kursus-kursus melalui dalam talian.
- Dapat menilai kemajuan pelajar dengan kadar yang segera melalui kuiz yang diberikan oleh pengajar melalui dalam talian.
- Satu alat komunikasi di mana pengajar boleh menghantar pengumuman kepada kelas dan berkomunikasi secara individu dengan pelajar.
- Medan perbincangan antara pelajar dan pengajar. Pengajar dan pelajar dapat berkongsi pengetahuan tentang pembacaan dan teruskna perbincangan secara formal dalam kelas.
LMS ( Learning Management System )
- Sistem pengurusan pembelajaran -
Menurut pandangan Saul Carliner, LMS merujuk kepada perisian yang fungsi utamanay adalah bertindak sebagai pendaftar elektronik dengan melaksanakan pelbagai pendaftaran dan tugas-tugas yang mana berkaitan dengan media elektronik. Pada asalnya, LMS direka khusus untuk suasana pembelajaran yang melibatkan tempat dan semestinya ia digunakan oleh golongan profesional. Tujuannya adalah untuk mengurus kesemua program latihan sesebuah organisasi termasuk pembelajaran di dalam kelas secara tradisional.
Manakala Hall (2001) pula menyatakan pendapat bahawa LMS adalah perisian yang mentadbir acara latihan secara automatik. Semua LMS yang disediakan berfungsi untuk mengurus log masuk penguuna berdaftar, mengurus katalog kursus, merekodkan data daripada pelajar dan menyediakan laopran kepada pihak pengurusan.
Antara fungsi-fungsi LMS
- Urusan proses pendaftaran.
- Pengurusan bahan kursus.
- Perbincangansusulan antara pengajar dan pelajar.
- Laporan agregat sepeti bilangan pelajar yang mendaftar untuk kursus tertentu.
- Ujian. Pengajar memuat naik ujian dan pelajar menjawab secara talian.
- Sebagai katalog kursus. Menyenaraikan kod kursus,taraf kursus,waktu kuliah,tutorial,dan unit.
Akhir sekali, saya berharap refleksi yang dibuat akan memberi manfaat kepada semua pembaca blog ini.
Selamat mencuba dan selamat beramal!
No comments:
Post a Comment