Tuesday 23 October 2012

# Refleksi minggu 7#


semangat nak balik kampung^^

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Kelas komputer hari ini tidak seceria minggu lepas sebab ramai yang tidak hadir..balik kampung^^. Kepada semua sahabat saya yang pulang ke kampung berhati-hati di jalan raya ye. Ingatlah orang tersayang:)

Kembali kepada mood di dalam kelas. Pengajaran pada minggu lepas diteruskan lagi pada minggu ini. Puan Hafizah tidak dapat meneruskan pengajaran seterusnya kerana ramai yang tidak hadir ke kelas. Puan hanya meminta kami memastikan bahawa survey yang telah dilakukan pada minggu lepas diberi respon oleh kawan. Kami boleh menghantar survey tersebut melalui yahoo mail/gmail atau facebook. 
http://www.surveymonkey.com/s/DRYRZYD

hantar melalui 



Kami perlu pastikan individu lain memberi respon kepada survey yang dijalankan kerana ia akan di analisis menggunakan SPSS Statistics


penerangan tentang spss akan menyusul pada minggu hadapan



Sebelum kelas tamat pada hari ini, Puan Hafizah sekali lagi mengingatkan kami tentang tugasan pada minguu hadapan. Kami perlu menyediakan slideshow untuk pembentangan tentang tajuk tugasan kami. Persediaan yang rapi perlu dijalankan kerana ada sesi soal jawab selepas sesi pembentangan. Kami perlu memahami dengan sebaik mungkin tajuk tugasan tersebut sebelum menyampaikan maklumat di dalam kelas. Semoga kami semua dapat jalankan pembentangan pada minggu hadapan dengan sebaik mungkin. InsyaAllah.



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA! 

RAYA..RAYA! ASGMENT JANGAN DILUPAKAN


WASSALAM^^ 

Wednesday 17 October 2012

# Refleksi minggu 6 #

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulilah..kita masih diberi kesempatan untuk bertemu lagi di minggu ke enam. Saya sentiasa menantikan kehadiran hari Rabu kerana kelas komputer dalam pendidikan sangat seronok. Saya juga banyak mendapat ilmu baru berkaitan dengan komputer, Rupanya terlalu banyak perisian yang terkini dan saya masih belum terokai. Biasalah, saya ni buta IT^^.

Puan Hafizah memperkenalkan perisian secara percuma yang memberi manfaat kepada semua. Apa lagi jom kita tengok apa yang telah dibincangkan di dalam kelas pada hari ini^^. 


Nampak tak logo kat atas? SURVEYMONKEY... 
siapa pernah dengar dan guna survey monkey?? 
* Tak pernah guna ye. Jom kita berkenalan dengan surveymonkey*

APA ITU SURVEYMONKEY?

Survey Monkey merupakan satu perisian yang mana boleh memudahkan individu untuk membuat soal selidik dengan dapat menjimatkan masa, tenaga, wang dan sebagainya. Di samping itu, melalui penggunaan SurveyMonkey juga akan memudahkan pengguna untuk menganalisis data yang dikaji. 


Anda boleh memulakan pengembaraan anda dengan surveymonkey menggunakan link di bawah:


LANGKAH 1




LANGKAH 2



LANGKAH 3


LANGKAH 4


Selepas siap proses menulis tittle dan kategori. Anda boleh klik continue dan boleh create soalan. Tetapi, perlu diingatkan bahawa hanya 10 soalan pertama boleh dibuat secara percuma. Soalan seterusnya anda perlu membayar dengan perisian tersebut. 

Ini adalah contoh soalan yang saya dan rakan sekumpulan hasilkan dengan menggunakan SurveyMonkey.

CONTOH SOALAN 



Saya dan rakan sekumpulan perlu menghasilkan soalan yang berkaitan dengan tajuk tugasan pada minggu lepas. Kami bertiga mendapat tajuk Perisian Sumber Terbuka (open source software). Kepada semua sahabat blog, minta jasa baik anda untuk jawab soalan yang dihasilkan oleh kumpulan kami ye. Ianya membantu kami untuk membuat penilaian ke atas soalan yang dihasilkan. Jasa anda akan kami hargai.^^


____________________________________________________________________________________________________


Selain daripada SurveyMonkey, kami juga diberi pendedahan tentang membuat soalan menggunakan googledocs (penerangan google docs pada minggu 3 )


Anda boleh memulakan pengembaraan anda dengan surveymonkey menggunakan link di bawah:



LANGKAH 1


LANGKAH 2
-Klik pada create kemudian pilih Form-


LANGKAH 3-
-isikan soalan beserta cadangan jawapan-
soalan yang ingin diberikan TIADA HAD!



CONTOH SOALAN


Saya dan rakan sekumpulan berjaya menyiapakan soalan mengenai Perisian Sumber Terbuka menggunakan Google Docs. Kami amat berbesar hati jika anda semua sudi untuk menjawab soalan yang telah kami hasilkan (soalan perisian sumber terbuka). Ianya amat penting untuk mengukur dan menilai tahap kefahaman anda tentang perisian sumber terbuka. Selamat menjawab soalan kami ye. Ianya semudah ABC^^. 

_______________________________________________________________________________


Pada pendapat saya, kedua-dua perisian tersebut mempunyai kebaikan dan kelemahan. Semuanya bergantung pada individu yang menggunakannya. Saya lebih suka menggunakan google docs kerana ianya lebih teratur dan tidak rumit. Apa yang paling penting, ia boleh digunakan secara percuma untuk menghasilkan soalan lebih daripada 10. 

Saya berharap agar refleksi saya pada minggu ini dapat membantu anda semua untuk memahami dengan lebih lanjut apa itu SurveyMonkey dan GoogleDocs serta cara untuk menggunakannya di dalam kehidupan seharian.^^


RENUNG-RENUNGKAN dan SELAMAT BERAMAL^^ 

Wednesday 10 October 2012

# Refleksi minggu 5 #

Assalamualaikum dan salam sejahtera:)

Alhamdulilah..kita masih diberi kesempatan untuk berjumpa sekali lagi pada minggu ini. Pada minggu ini, tiada tugasan yang terbaru diberikan.Kami hanya perlu menyiapkan tugasan minggu lepas dengan teratur dan lebih kemas. Saya dan ahli kumpulan masih lagi di dalam proses mencari bahan tugasan iaitu perisian sumber terbuka. Alhamdulilah, dengan kerjasama yang diberi oleh ahli kumpulan, akhirnya kami berjaya menyiapkan tugasan perisian sumber terbuka dengan jayanya.




DEFINISI PERISIAN SUMBER TERBUKA

Perisian sumber terbuka merujuk kepada perisian sumber bebas yang mempunyai kod. Pada dasarnya, akses terbuka kod sumber memberi manfaat kepada pengguna kerana ia boleh mengubah dan menyesuaikan perisian untuk lebih memenuhi keperluan mereka. Kod sumber dan hak-hak tertentu lain yang biasanya dikhaskan untuk pemegang hak cipta yang diperuntukkan di bawah lesen sumber terbuka yang membenarka pengguna untuk mengkaji, mengubah, memperbaiki serta mengedarkan perisian.
Perisian sumber terbuka juga membenarkan kita menggunakan tanpa membayar sebarang lesen kepada pencipta aplikasinya. Perkembangan perisian sumber terbuka seiring dengan perkembangan modenisasi kerana ianya sangat perlu dan penting dalam kehidupan kita. Penggunaannya juga dijamin selamat. Di samping itu juga, pengguna perisian sumber terbuka boleh mempakej perisian semula versi sendiri dan menjualnya mengikut syarat-syarat tertentu.
Antara perisian sumber terbuka yang mendapat perhatian orang ramai seperti kernel Linux, Apache web server, sistem pangkalan data mySQL, web pelayar MOZILLA dan sebagainya. Menurut Raymond ( 2001 ) dan O’Reilly ( 1999 ) menyatakan bahawa peguambela perisian sumber terbuka telah berhujah dengan mangatakan bahawa perisian sumber terbuka boleh menigkatkan kualiti produk perisian serta menggalakkan evolusi dan inovasi perisian.
Selain itu, pada 12 September 2003, Inisiatif Sumber Terbuka mengekalkan definisi perisian sumber terbuka yang mana mempunyai 9 fasal. Fasal pertama adalah perisian mesti diedarkan secara percuma tanpa memerlukan royalti atau fi untuk dijual. Fasal kedua pula ialah mengenai kod program, kod program mesti ada dan mudah didapati (sebagai contoh, boleh dimuat turun dari laman web) dalam bentuk yang membolehkan pengaturcara untuk mengubah suai program.
Manakala, fasal ketiga tentang pengubahsuaian. Kerja-kerja yang diperolehi boleh diberi pengubahsuaian tetapi ia mesti dapat diagihkan di bawah terma yang sama seperti perisian yang asal. Fasal seterusnya ialah integriti kod sumber asal mesti dapat dikekalkan sama ada memerlukan pengubahsuaian untuk diagihkan sebagai ‘’fail patch’’ atau diubahsuai versi yang berlainan dari segi nama atau nombor. Fasal seterusnya ialah mesti ada diskriminasi terhadap orang atau kumpulan.
 Kemudian, fasal keenam mesti ada diskriminasi terhadap mana-mana bidang yang diceburi. Fasal ketujuh adalah lesen baharu perlu dipohon dengan pihak berkenaan tanpa memerlukan bersetuju dengan lesen lain. Fasal kelapan adalah lesen mestilah tidak khusus kepada produk tertentu atau pengedaran. Fasal yang terakhir adalah lesen tidak perlu memohon dengan perisian lain yang diedarkan bersama-sama program open source initiative (2003).

            Kebaikan dan kelemahan perisian sumber terbuka
Perisian sumber terbuka juga mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Antara kelebihannya adalah kod sumber disediakan untuk pengguna dan mereka mempunyai hak untuk mengubah suai kod tersebut. Memandangkan, perisian sumber terbuka adalah perisian yang percuman, ia menybabkan peningkatan kepada penggunaan perisian tanpa perlu melabur wang yang banyak dalam proses perkembangan dari segi penyelidikan, pembangunan dan sebagainya. Kod sumber yang diubahsuai dan diperbaiki boleh bebas diulang. Ianya menjadi mesra pengguna kepada masyarakat.
Selain itu, melalui perisian sumber terbuka mewujudkan kekerapan intergarsi. Hal ini kerana, perubahan kod harus bersepadu (digabungkan ke dalam pangkalan kod) sekerap mungkin supaya dapat mengelakkan overhed. Perisian sumber terbuka juga mempunyai ahli komuniti sumber terbuka yang boleh memberi maklum balas segera terhadap kod perisian yang ditulis oleh orang lain kerana mereka semua mempunyai akses kepada kod sumber dan boleh mengemukakan patch kod.
Selain daripada kebaikan, perisian sumber terbuka juga mempunyai kelemahan. Antaranya adalah kod terlalu rumit untuk pengguna novis memahaminya. Selain itu, tiada individu rasmi tertentu untuk memantau kerja pengaturcara memperbaiki kod. Hal ini kerana sesiapa sahaja bebas untuk menggunakan, mengubahsuai atau mengedarkan kod. Di dalam dunia perniagaan pula, pengguna mesti memahami logaik perniagaan untuk menyesuaikan konfigurasi atau membuat pelaran kod untuk memenuhi aliran kerja yang unik dan memenuhi keperluan klinikal. Pengguna juga mesti selalu berwaspada terhadap amaran bahaya dan kandungan yang sarat dengan maklumat.

            Contoh perisian sumber terbuka
Terdapat beberapa contoh perisian sumber terbuka yang terkenal. Antaranya ialah linux. Linux adalah sistem operasi komputer dan asalnya sebagai sistem UNIX yang sedia ada dalam banyak versi. Dewasa kini, Linux adalah sistem UNIX yang lengkap di mana boleh digunakan untuk jaringan. Selain itu, ggogle docs juga merupakan perisian sumber terbuka. Ianya berfungsi untuki menyimpan, mengolah, mengedit dokuman seperti fungsi microsoft word tetapi ia hanya boleh digunakan secara atas talian. Seterusnya ialah KDE iaitu suatu persekitaran perkembangan dekstop. GNOME juga contoh perisian sumber terbuka yang melibatkan persekitaran perkembangan dekstop untuk membangunkan dekstop serta ianya boleh diaplikasi dalam dekstop sendiri.
Apache merupakan contoh perisian sumber terbuka di mana merupakan program pelayan web yang digunakan dalam kebanyak komputer pelayan web dan boleh didapati untuk windows serta Linux. Firefox adalah satu klien web program yang boleh didapati untuk windows dan Mac serta Linux dan lain-lain sistem UNIX. Dovecot juga adalah program pelayan e-mel yang berfungsi untuk menghantar dan menerima emel yang menyokong POP3 dan IMAP yang boleh didapati untuk Linux. Manakala, Squirrel Mail satu aplikasi emel untuk membaca dan menulis e-mel melalui program klien. Contoh seterusnya ialah Postfix suatu program pelayan e-mel digunakan untuk menghantar dan menerima e-mel.

TUJUAN PERISIAN SUMBER TERBUKA

Perisian sumber terbuka dijalankan bagi memberi kebebasan kepada pengguna untuk menjalankan apa sahaja program. Pengguna perlu bebas untuk mempelajari bagaimana sesuatu program beroperasi serta sesuai dengan kebolehan diri sendiri. Pengguna juga perlu mempelajari mengakses kod program. Di samping itu, perisian sumber terbuka adalah satu perisian yang diedarkan secara percuma. Jadi, kita tidak perlu risau tentang lesen. Ianya berlainan dengan penggunaan microsoft. Untuk menggunakan microsoft kita perlu membelinya terlebih dahulu. Walaupun begitu, ada juga perisian sumber terbuka yang perlu dibeli untuk digunakan. Antaranya ialah operasi linux tetapi harganya tidak terlalu mahal dan berpatutan.
            Kita perlu menggunakan perisian sumber terbuka kerana melalui penggunaannya, kita akan menjadi lebih kreatif dan inovatif. Hal ini kerana, kita boleh belajar bagaimana mencipta perisian atau mengubah perisian supaya ia menjadi satu perisian yang lebih baik. Kita juga boleh berada sama taraf dengan produk syarikat gergasi seperti microsoft walaupun hanya menggunakan perisian sumber terbuka. Dengan menggunakan perisian sumber terbuka juga, kita boleh menyimpan wang kerana ia tidak memerlukan sebarang belanja apabila ingin menggunakannya. Kita hanya pelru memuat turun ia pada komputer melalui internet. Tetapi jika kita menggunakan produk dari microsoft atau sesuatu perisian yang mempunyai undang-undang, kita perlu menghabiskan banyak wang kerana perisian tersebut perlu dibeli seperti Microsoft.
            Selain itu, melalui perisan sumber terbuka juga kita boleh meningkatkan imej negara. Hal ini kerana, melalui perisian sumber terbuka, pengguna tidak perlu terlibat dengan membeli sebarang barangan cetak rompak. Barangan cetak rompak akan menjejaskan imej negara dan akan dipandang hina oleh negara lain. Kebiasannya, masyarakat kita ingin membeli sesuatu yang murah dan senang didiapati. Oleh itu, langkah terbaik mereka membeli cerita cetak rompak kerana mereke beranggapan bahawa cetak rompak dan original tiada beza. Dengan adanya perisian sumber terbuka, mereka boleh memuat turun cerita yang ingin ditonton tanpa perlu membayarnya.

SEJARAH PENUBUHAN PERISIAN SUMBER TERBUKA

Keadaan Awal perkongsian bebas kod sumber termasuk sumber IBM siaran sistem operasi dan program-program lain dalam tahun 1950-an dan 1960-an, dan kumpulan SAHAM pengguna yang ditubuhkan untuk memudahkan pertukaran perisian. Dalam ciri bayangan Internet, perisian dengan kod sumber termasuk menjadi persediaan pada rangkaian BBS pada 1980-an. Ini kadang-kadang merupakan satu keperluan mengedarkan perisian yang ditulis dalam bahasa ditafsirkan ASAS dan lain-lain.Ia hanya boleh diagihkan sebagai kod sumber kerana tiada tingkahlaku perduaan berasingan mudah alih untuk mengedarkan.
Selain itu, sumber terbuka dirujuk kepada teknik standard  kewartawanan perhimpunan berita dan memeriksa fakta dan mencerminkan satu istilah yang serupa yang digunakan dari tahun 1992 di kalangan perisikan tentera, perisikan sumber terbuka. Ia kini biasa digunakan untuk menggambarkan bentuk penerbitan inovatif kewartawanan dalam talian dan bukannya sumber berita oleh wartawan profesional. Pada 25 Disember, 2006 isu majalah TIME ini disebut sebagai pengguna mencipta kandungan dan disenaraikan di samping projek-projek sumber terbuka yang lebih tradisional seperti OpenSolaris dan Linux.
Dalam tahun 1970-an dan awal 1980-an, dua kumpulan yang berbeza telah mewujudkan akar sumber perisian terbuka semasa pergerakan. Di pantai timur, Richard Stallman, dahulunya makmal MIT AI, mencipta projek GNU dan Yayasan Perisian Percuma.Projek GNU adalah bertujuan untuk mewujudkan satu sistem operasi percuma dan digunakan GNU General Public License (GPL) sebagai lesen perisian untuk melarang proprietization perisian, tetapi membenarkan pengagihan semula dan pengubahsuaian.
Di pantai Barat Amerika Syarikat, Sains Komputer Kumpulan Penyelidikan (CSRG) University of California di Berkeley menambah penambahbaikan kepada sistem operasi Unix asal dari AT & T, dan membangunkan banyak aplikasi yang dikenali sebagai "BSD Unix".Di samping itu,usaha-usaha ini telah dibiayai terutamanya oleh DARPA kontrak [petikan diperlukan] dan rangkaian padat penggodam Unix seluruh dunia membantu untuk debug, mengekalkan dan meningkatkan system. Pada 1991-1992, dua peristiwa penting berlaku.:
Di California, Bill Jolitz selesai pengagihan bersih / 2, sehingga ia telah bersedia untuk berjalan di mesin i386 kelas. Net / 2 adalah hasil daripada usaha yang CSRG untuk membuat versi BSD Unix percuma kod AT & T-hak cipta. Beliau dipanggil 386BSD karyanya, dan ia cepat menjadi dihargai dalam masyarakat BSD dan Unix. Ia termasuk bukan sahaja kernel, tetapi juga utiliti banyak, membuat sistem operasi yang lengkap.
Di Finland, Linus Torvalds, pelajar sains komputer, berpuas hati dengan Minix Tanenbaum [petikan diperlukan], melaksanakan versi pertama kernel Linux. Tidak lama kemudian, ramai orang telah bekerjasama untuk membuat kernel yang lebih dan lebih mudah untuk digunakan, dan menambah utiliti banyak untuk membuat GNU / Linux sistem operasi sebenar.
 Pada tahun 1993, kedua-dua GNU / Linux dan 386BSD platform yang agak stabil. Sejak itu, 386BSD telah berkembang ke dalam keluarga sistem operasi berasaskan BSD (NetBSD, FreeBSD, dan OpenBSD), manakala kernel Linux digunakan dalam pengagihan GNU / Linux banyak seperti Slackware, Debian, Red Hat, SUSE, Mandrake, dan banyak lagi. Label "sumber terbuka" telah dicipta dan diterima pakai oleh sekumpulan orang dalam gerakan perisian bebas pada sesi strategi diadakan di Palo Alto, California, sebagai reaksi kepada pengumuman Januari Netscape 1998 melepaskan kod sumber untuk Navigator.
Salah satu hujah di sebalik menggunakan istilah adalah bahawa "[kelebihan] menggunakan sumber terbuka panjang bahawa dunia perniagaan biasanya cuba untuk menjaga teknologi bebas daripada dipasang." Mereka orang-orang yang pakai istilah yang digunakan peluang sebelum pembebasan kod sumber Navigator untuk membebaskan diri mereka konotasi ideologi dan berkonfrontasi dengan "perisian percuma" panjang. Kemudian pada bulan Februari 1998, sebuah organisasi yang dipanggil Open Source Initiative (OSI) diasaskan oleh Bruce Perens dan Eric S. Raymond "sebagai advokasi pendidikan, dan organisasi pengawasan pada masa puncak dalam sejarah budaya itu.

SIAPA YANG TERLIBAT DALAM PERISIAN SUMBER TERBUKA

 Menurut Samba bersama pencipta Jeremy Allison bersetuju dengan ini, menekankan bahawa perisian proprietari adalah terlampau mahal bagi negara-negara membangun. Di kebanyakan negara, perisian proprietari akan dicetak rompak. Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini ialah melalui sumber terbuka di mana perisian yang berkualiti tinggi dan sah berlesen boleh diwujudkan dan disediakan kepada semua orang, "katanya. Bagaimanapun, Allison berkata sebab utama mengapa tidak ada pelaksanaan banyak sumber terbuka di seluruh dunia adalah kerana banyak pelaburan telah dibuat dalam perisian proprietary.
             Pada permulaannya, banyak syarikat dan pemilik perniagaan kecil memilih untuk menggunakan pakej perisian sumber terbuka untuk memenuhi keperluan pengkomputeran pejabat harian mereka atau untuk membina infrastruktur IT mereka. Berbeza sistem perisian proprietari, sistem perisian sumber terbuka biasanya mempunyai kelonggaran menganjurkan struktur kerjasama pemaju. Pemaju bekerja pada mereka terbahagi kepada dua.Yang pertama,tugasan secara sukarela.Ramai pemaju tidak memenuhi keperluan fizikal mereka.Kedua,rakan sekerja.Ini kerjasama pemaju corak unuk yang membawa kepada perisian yang juga unik.
  Walaupun panduan ini boleh dianggap bacaan latar belakang umum bagi sesiapa yang berminat dalam membuka perisian sumber dalam kerajaan, penonton utama untuk panduan ini adalah pengurus projek perolehan pasukan dan yang sumber perisian untuk memenuhi keperluan perniagaan.Di samping itu,agensi kakitangan yang mempengaruhi pemilihan perisian juga mungkin mendapati panduan ini berguna.Selain itu, The Australian Kerajaan Open Source Perisian Pelesenan Rangka Kerja Risiko (Lampiran 1) direka untuk ICT pakar.Sebahagian besar perisian sumber terbuka yang dibangunkan oleh komuniti orang mahir yang biasanya berkomunikasi dalam talian.
Dalam model ini, tidak ada perbadanan tertentu menguruskan proses pembangunan. Sokongan boleh didapati melalui ahli-ahli komuniti, yang mempunyai forum dan mekanisme maklum balas yang lain untuk menerima permintaan daripada pengguna. Pada umumnya, tiada perjanjian tahap perkhidmatan yang disediakan dari masyarakat. pakej popular seperti pelayan web Apache dan sistem operasi Linux telah dibangunkan menggunakan ini model.Korporat disokong masyarakat. Sesetengah organisasi komersial menyediakan sokongan untuk sumber terbuka perisian.
 Organisasi komersial boleh memilih untuk mewujudkan masyarakat sendiri untuk membangunkan perisian sumber terbuka atau mereka boleh memilih untuk memanfaatkan produk yang sedia ada yang dicipta oleh sukarelawan masyarakat. Organisasi komersial biasanya menyediakan sokongan kepada ditakrif perjanjian tahap perkhidmatan. Lebih dari satu organisasi yang boleh memberi sokongan untuk sesuatu produk, yang membawa persaingan berdasarkan kualiti dan harga perkhidmatan. Sebagai contoh, Oracle dan IBM pelayan web kedua-duanya berdasarkan Apache masyarakat maju.
Sesetengah perisian sumber terbuka dibangunkan atau disokong oleh satu perbadanan. Sun Microsystems (kini dimiliki oleh Oracle) menyediakan operasi Open Solaris sistem di bawah model ini.Richard Stallman, seorang penyokong pergerakan perisian percuma, adalah salah satu perisian bebas dan penyokong pergerakan sumber terbuka yang mencadangkan alternatif kepada model swasta berleluasa dalam industri. Selepas membangunkan sistem operasi nonproprietary dipanggil GNU, Stallman mengasaskan Free Software Foundation pada tahun 1983. Bagi kebanyakan tahun 1970-an dan 1980-an, organisasi seperti AT & T, dengan inisiatif sistem operasi Unix mereka, telah dinaikkan pangkat polisi code.ry sumber yang berkongsi budaya .

PENGGUNA SUMBER TERBUKA

Sumber terbuka digunakan di sekolah. Hal ini demikian kerana,kos perisian adalah percuma .selain itu,tiada lessen yang rumit dan mempunyai kelengkapan yang lengkap serta boleh menjimatkan wang.Sumber terbuka ini dapat digunakan oleh pelajar dan tidak akan membebankan pelajar.Sumber terbuka juga mempunyai kebebasan yang tertentu. Sekolah tidak boleh dipaksa untuk menaik taraf sumber perisian. Penyelesaian sumber terbuka juga berbentuk modular dan mudah untuk disesuaikan pada bila-bila masa sahaja. Walaubagaimanapun,banyak program disekolah tidak serasi dengan sumber terbuka.Hal ini kerana,perisiannya tidak mesra pengguna.Sumber terbuka digunakan dalam aplikasi khusus terutamanya dalam perisian kurikulum khusus yang tidak disediakan untuk guru kelas.
Selain itu,sumber terbuka juga digunakan di syarikat-syarikat. Banyak program dan syarikat-syarikat masih terus berkembang. Kos jangka panjang boleh menjadi tinggi. Memudahkan  orang atasan dan bawah berhubung. Penggunaan kod sumber, lebih dikenali sebagai sumber terbuka telah menjadi satu amalan biasa kod untuk pengaturcara. Malah, melarang penggunaan sumber terbuka adalah tidak lagi pilihan yang berdaya maju bagi syarikat-syarikat dan juga boleh meletakkan mereka di dalam keadaan yang kompetitif. Beberapa syarikat telah pun menerima pakai dasar rutin menganalisis sama ada perisian komersial bahawa mereka telah dibeli atau telah dilaksanakan boleh digantikan dengan alternatif sumber terbuka.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENCARI ALAT SUMBER TERBUKA

Terdapat banyak alat-alat yang kita boleh menulis dan mengira.Perisian sumber terbuka yang boleh gunakan di bawah windows bermula menggunakan perisian Open Source menyelamatkan diri ,wang dan kerumitan.Ia berciri penuh, Suite Mail dan Berita. Ia termasuk pilihan lanjutan seperti melayari tab, menyekat pop-up, dan e-mel spam penapis. Pereka Web mudah membolehkan kita mencipta dan menerbitkan laman web kita sendiri.
Dengan majoriti virus kini yang ditulis khusus untuk mengeksploitasi pelayar lalai Windows dan klien e-mel (Internet Explorer dan Outlook Express), salah satu daripada langkah-langkah yang paling mudah anda boleh ambil untuk mengurangkan pendedahan anda kepada virus untuk beralih kepada set alternatif aplikasi. Termasuk pemproses perkataan, spreadsheet, editor laman web halaman dan program persembahan modul yang ketat bersepadu. PDF asli dan Flash eksport di klik dan perakam makro bagi peningkatan produktiviti. Anda boleh membuat dokumen mel digabungkan dari alamat buku atau lain-lain sumber data. Dokumen disimpan dalam XMLfiles standard terbuka, yang memastikan ketersediaan masa depan data dan mengurangkan ruang penyimpanan yang diperlukan. Ia juga membaca dan menulis fail dalam pelbagai format, termasuk MS-Office.

CARA MENGGUNAKAN SUMBER TERBUKA

Sumber terbuka digunakan untuk mengedit semua format dokumen yang relevan hari ini.selain ituturut digunakan untuk retouching foto, imej komposisi dan mengarang imej. Plugin banyak, skrip dan penapis boleh didapati, dan penukaran jisim atau menyunting boleh dilakukan dengan menggunakannya  Sumber terbuka juga Satu program penyuntingan bunyi yang boleh merakam, main balik, dan bunyi campuran atau mengesan menggunakan pelbagai penapis. Edit bunyi anda menggunakan Cut, Copy dan Paste tanpa had.
Seterusnya.sumber terbuka dijadikan Celesti  3D ruang simulator. Satu simulasi alam semesta yang dikenali, berdasarkan maklumat astronomi semasa. Untuk mengkaji planet, bulan, dan badan-badan orbit seperti Angkasa AntarabangsaStation. Memandangkan ketersediaan meningkat dan penggunaan sumber terbuka, syarikat-syarikat perlu untuk menubuhkan dasar-dasar yang mengawal penggunaan perisian itu dalam organisasi mereka. Dasar-dasar tersebut akan membantu memastikan bahawa syarikat itu mematuhi lesen sumber terbuka, dan lebih penting lagi, bahawa ia menggunakan sumber terbuka dalam cara yang tidak menimbulkan risiko bagi syarikat itu. Secara keseluruhan, dasar perlu untuk mengimbangi manfaat dan kelebihan daya saing sumber terbuka dengan risiko menggunakan kod sumber yang dibangunkan oleh pihak dengan siapa syarikat itu mungkin tidak mempunyai hubungan yang formal.

PEMILIHAN SUMBER TERBUKA

Sumber terbuka boleh didapati dari pengaturcara banyak organisasi dan berbeza. Sesetengah organisasi mengenakan kualiti yang ketat dan kawalan pengawasan ke atas sumber terbuka yang dihantar ke laman-laman mereka, manakala yang lain adalah tidak lebih daripada persekutuan longgar pengaturcara. Satu polisi sumber terbuka itu perlu menyatakan sumber dari mana perisian itu boleh diperolehi. Sebagai contoh, beberapa syarikat telah memilih untuk merawat sumber terbuka tidak berbeza dari bahagian-bahagian lain perisian dan membeli hanya daripada vendor pihak ketiga yang memenuhi piawaian kawalan kualiti syarikat.
           Kebanyakan vendor-vendor mengedarkan sumber terbuka menurut perjanjian bertulis mereka sendiri bahawa, sementara mematuhi keperluan sumber terbuka, menawarkan manfaat tambahan atau perkhidmatan seperti sokongan teknikal dan pemasangan, penyesuaian kerja, perlindungan jaminan, dan, dalam beberapa kes, ganti rugi dari intelek tuntutan pelanggaran harta. Beberapa vendor juga boleh mengenakan syarat-syarat tambahan dalam perjanjian mereka.Sebuah syarikat perlu juga bahawa pengaturcara yang pergi melalui proses kelulusan sebelum mereka boleh menggunakan sumber terbuka. Proses sedemikian mungkin memerlukan kajian pembekal atau penjual,kod ini akan digunakan dalam organisasi, dan sama ada yang lain, sumber-sumber yang lebih dipercayai.






RUJUKAN
Breese Derambure Majerowicz. 2006. Harta Intelek. Paris.

Bretthauer & David. 2002.Open source software: a history: Information Technology and
Libraries 21 (1): 3-10.

Jian James Ma. 2011. People, processes, and product:Case studies in open-sources software
using complex networks. United States. The University Of Arizona.

Levi, Stuart D; Woodard, Andrew. 2004. Komputer dan Peguam Internet. Jilid 21. Kuala  
Lumpur: Dewan    Bahasa dan Pustaka.

 Muhtar & Fauziah. 2002. Perisian & system. Asia & Pasifik.    

Uzma Raja. 2006. Open source software development and maintenance:an exploratory
Analysis. United States. Texas A&M University.




baca elok2 ye..kuar exam ni..:)


Thursday 4 October 2012

# Refleksi minggu 4 #

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi singgah ke blog saya :)

Pada minggu ni, saya belajar perkara baru yang sangat penting kerana ianya melibatkan penulisan ilmiah yang akan saya lakukan sepanjang tempoh belajar di UKM tercinta. Saya diberi pendedahan tentang pencarian sumber ilmiah yang sahih, boleh dipercayai dan harus digunakan di dalam tugasan. Antara sumber yang boleh digunakan oleh pelajar adalah GOOGLE SCHOLAR atau GOOGLE BOOKS.


Google Scholar




Google Books

Selain daripada sumber tersebut, sumber lain yang boleh dirujuk oleh pelajar adalah dari perpustakaan universiti. Kepada pelajar UKM, anda diberi keistimewaan untuk mendapatkan bahan bacaan yang berbentuk jurnal melalui atas talian. Senang kan? Bagaimana caranya?

  1.  Buka enjian carian e-Warga UKM
  2.  Di sebelah kiri, klik pada petak PERPUSTAKAAN UKM 
  3.  Log in to EJournal Portal - Masukkan UKM (PER) dan Kata Laluan
  4.  Selepas itu, anda akan jumpa HOME jurnal. 
  5. Anda perlu memilih  ProQuest Education Journals & Eric Plus Text

     6.   Anda boleh memulakan pencarian dengan menulis tajuk jurnal di ruang yang di tunjukkan di atas.
     
Selepas diperkenalkan dengan sumber ilmiah, saya dan ahli kumpulan perlu menyiapkan tugasan yang diberi dengan membuat rujukan menggunakan jurnal yang sahih dan boleh diterima di dalam tulisan ilmiah. Puan Hafizah juga menekankan tentang rujukan tugasan. Kami perlu mengetahui cara penulisan rujukan yang betul melalui GAYA UKM yang telah ditetapkan.

Cara penulisan rujukan yang betul penting kerana pensyarah ingin melihat kesahihan maklumat yang diperolehi adakah secara benar atau hanya plagiat. Kami mendapat tugasan yang bertajuk Open Source Software. Di dalam tugasan yang diberi, kami perlu masukkan elemen 5W1H. Elemen 5W ialah what, why, when, where, who manakala 1H adalah how.

Melalui sistem pencarian sumber ilmiah yang telah dipelajari, kami mengaplikasikan ia di dalam tugasan yang diberikan dan juga tugasan yang akan datang. Saya berharap melalui sedikit pendedahan yang diberikan akan membantu para pelajar mendapatkan sumber yang boleh dipercayai untuk menyiapkan tugasan secara individu mahupun berkumpulan.

                                                                                                         ...........................bersambung


p/s: Ada sambungan tentang open source software. Tunggu ye :)

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERAMAL!

Tuesday 2 October 2012

# Refleksi minggu 3 #


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog saya.

Pada hari ini, saya belajar tentang perkara baru mengenai GOOGLE DRIVE.



APA ITU GOOGLE DRIVE?


Google drive adalah perkhidmatan freemium yang disepadukan dengan perkhidmatan syarikat sistem yang lain-lain termasuk Google Docs, Gmail, Android, Chrome, YouTube, Picasa, Google Video, Google Analytics dan Google+. Kita boleh menyimpan data (fail, muzik, video dan lain-lain) di web seluruh dunia dan memberi manfaat kepada diri kita.

Boleh akses di mana sahaja anda berada



Google Drive boleh di akses di mana-mana sahaja. Di rumah, di pejabat mahupun di tempat rekreasi asalkan mempunyai talian internet. Oleh itu, anda tidak perlu risau kerana bahan anda sentiasa berada di sisi. Untuk permulaan dapatkan 5 GB dengan percuma.

Google Drive disediakan untuk :

  • PC dan Mac
  • Chrome dan Os
  • iPhone dan iPad
  • peranti Android



Simpan fail anda di tempat yang selamat




Telefon dan komputer riba anda tidak dapat dihidupkan. Anda jangan risau kerana apa perkara yang berlaku kepada peranti anda, fail anda telah selamat disimpan di Google Drive.

 Di luar simpanan. Kerjasama




Selain itu, Google Drive membolehkan membuat sesuatu yang bukan hanya untuk menyimpan fail. Kongsi fail  yang anda inginkan dengan tepat dan edit dari mana-mana peranti pilihan sendiri. 

Google Drive juga memberi anda mengakses ke Google Docs dengan cepat, ia adalah satu alat penyuntingan yang menjadikan tugasan anda lebih baik dan kemas. Ia juga boleh dikongsi bersama rakan sepasukan yang lain walaupun dalam jarak yang jauh. Melalui penerangan yang diberikan oleh Puan Hafizah di dalam kelas, Google Docs juga boleh digunakan untuk menggantikan MICROSOFT OFFICE WORD. Jadi, anda tidak perlu risau jika pergi ke cyber cafe yang tiada microsoft word. Anda boleh menggunakan google docs untuk menyiapkan tugasan. 


__________________________________________________________________________


Setalah selesai pembelajaran Google Drive, saya dan rakan sekelas mendapat tugasan untuk mencari tentang perbezaan di antara CMS dan LMS?

Saya tidak pernah mendengar perkataan CMS dan LMS dalam dunia komputer. Jadi, agak sukar untuk menyiapkan tugasan tersebut. Alhamdulilah, setelah melakukan beberapa kajian menggunakan enjin pencarian GOOGLE, saya dapat memahami tentang CMS dan LMS dengan jelas. Terima kasih encik GOOGLE.


CMS ( Course Management System )
- Kursus sistem pengurusan -

Terdapat beberapa definisi yang dikemukan oleh pakar tentang CMS. Menurut John Meerts, CMS adalah satu alat yang meringankan beban tenaga pengajar kerana ia membenarkan pengajar meletakkan maklumat di web tanpa perlu mengetahui atau memahami HTML atau bahasa komputer yang lain. Selain itu, para pengajar boleh membina kandungan kursus atas talian dengan mudah dan cepat di samping boleh mengajar dan mengurus kursus tersebut melalui satu set alat dan rangka kerja yang telah disediakan. Melalui set alat tersebut juga, pengajar boleh berinteraksi dengan pelajar mereka. 

Manakala menurut pandangan Saul Carliner, CMS pada dasarnya direka untuk dunia pendidikan atau akademik bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Saul Carliner berpendapat bahawa pengajar perlu mempunyai sedikit pengetahuan tentang dunia komputer. Hal ini kerana, CMS membolehkan pengajar dengan mudah mencipta khusus laman web dengan melihat contoh atau muat naik dokumen yang yang sedia ada dalam PowerPoint, Word, Excel, Acrobat dan format lain tanpa perlu menukar kepada format web seperti HTML

Antara fungsi-fungsi CMS

  1. Untuk menyimpan bahan kursus-kursus melalui dalam talian. 
  2. Dapat menilai kemajuan pelajar dengan kadar yang segera melalui kuiz yang diberikan oleh pengajar melalui dalam talian.
  3. Satu alat komunikasi di mana pengajar boleh menghantar pengumuman kepada kelas dan berkomunikasi secara individu dengan pelajar.
  4. Medan perbincangan antara pelajar dan pengajar. Pengajar dan pelajar dapat berkongsi pengetahuan tentang pembacaan dan teruskna perbincangan secara formal dalam kelas.


LMS ( Learning Management System )
 - Sistem pengurusan pembelajaran -


Menurut pandangan Saul Carliner, LMS merujuk kepada perisian yang fungsi utamanay adalah bertindak sebagai pendaftar elektronik dengan melaksanakan pelbagai pendaftaran dan tugas-tugas yang mana berkaitan dengan media elektronik. Pada asalnya, LMS direka khusus untuk suasana pembelajaran yang melibatkan tempat dan semestinya ia digunakan oleh golongan profesional. Tujuannya adalah untuk mengurus kesemua program latihan sesebuah organisasi termasuk pembelajaran di dalam kelas secara tradisional.



Manakala Hall (2001) pula menyatakan pendapat bahawa LMS adalah perisian yang mentadbir acara latihan secara automatik. Semua LMS yang disediakan berfungsi untuk mengurus log masuk penguuna berdaftar, mengurus katalog kursus, merekodkan data daripada pelajar dan menyediakan laopran kepada pihak pengurusan. 

Antara fungsi-fungsi LMS 

  1. Urusan proses pendaftaran.
  2. Pengurusan bahan kursus.
  3. Perbincangansusulan antara pengajar dan pelajar. 
  4. Laporan agregat sepeti bilangan pelajar yang mendaftar untuk kursus tertentu.
  5. Ujian. Pengajar memuat naik ujian dan pelajar menjawab secara talian. 
  6. Sebagai katalog kursus. Menyenaraikan kod kursus,taraf kursus,waktu kuliah,tutorial,dan unit.

Akhir sekali, saya berharap refleksi yang dibuat akan memberi manfaat kepada semua pembaca blog ini. 


Selamat mencuba dan selamat beramal!

# Refleksi minggu 2 #

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca blog saya:)

Pada minggu kedua kelas Komputer Dalam Pendidikan, saya telah diberi tugasan untuk membincangkan 

perbezaan antara menghantar mesej melalui Yahoo Group dan melalui e-mail peribadi?
( Soalan ini perlu dibincangkan di dalam facebook mengikut kumpulan )

Antara jawapan yang dibincangkan adalah:

  • Melalui Yahoo Groups, kita mudah untuk mendapatkan maklumat daripada semua pihak. 
  • Email peribadi, ianya hanya komunikasi yang berlaku secara interpersonal.

  • Yahoo Groups lebih bersifat terbuka dan menyebabkan segala post kita boleh dibaca oleh semua ahli kumpulan.
  • Email peribadi ia lebih bersifat rahsia dan hanya kita boleh membacanya.

  • Yahoo Groups tidak terdapat signature secara automatik dan kita perlu mengedit semula signature tersebut.
  • Email peribadi pula mempunyai signature yang keluar secara automatik.

  • Melalui Yahoo Groups, kita hanya boleh menulis mesej dan tidak boleh menukar kewujudan post seperti pertukaran font, latar belakang dan sebagainya.
  • Melalui email peribadi, kita boleh lakukan apa sahaja terhadap mesej yang hendak di post.

Selain daripada mendapat tugasan, saya juga telah di perkenalkan media penyimpan yang terkini, iaitu ...........


  Apa itu dropbox?? jom kenali dropbox dengan lebih dekat.

  1. Dropbox adalah media penyimpan (storage) yang menawarkan ruang penyimpanan sebesar 2 GB.        
  2. Dropbox juga bertindak seperti ''poket doraemon'', iaitu tempat untuk kita simpan barang. 
  3. Hal ini  kerana, apabila kita install software dropbox dalam komputer atau laptop atau smart phone, kita boleh melihat kembali dokumen yang telah disimpan. 

 Sebagai contoh: 
saya masukkan folder konvokesyen dalam DROPBOX tu dekat komputer rumah..   dan saya balik kampung dengan sebuah laptop yang sudah mempunyai DROPBOX.. Saya boleh kongsikan gambar tersebut dengan keluarga di rumah tanpa perlu membawa salinan bersama. Mudah kan?


PROSES DROPBOX

 KELEBIHAN DROPBOX?


1) Memudahkan perkongsian dokumen




2) Sokongan dokumen secara automatik



3) Senang digunakan berbanding yang lain




MACAM MANA INSTALL DROPBOX?


  1. Mula-mula download Dropbox kat [SINI ]
  2. Lepas tu, run fail yang sudah di download
  3. Ikut proses langkah demi langkah.
  4. Daftar akaun ( email dan kata laluan kena ingat )
  5. Tahniah! Dropbox anda dah siap.

MACAM MANA NAK GUNA DROPBOX?

Selepas siap install dropbox, anda akan nampak ada icon DROPBOX kat tray bawah kat sebelah kanan sebelah jam. Kalau icon ada simbol refresh warna biru, bermaksud fail anda tengah di sync/download. Untuk mengetahui status fail anda, anda boleh rollover mouse anda. Manakala icon yang ada simbol tanda warna hijau bermaksud fail anda sudah berada di sync/download

Untuk menyimpan fail dengan diri anda sahaja, anda boleh create folder dalam dropbox dan letakkan fail tersebut dalam folder tersebut. 


Kalau anda ingin berkongsi dengan orang lain, anda boleh klik kanan dekat folder anda dan pilih Dropbox > share this folder...


Alhamdulilah.. perkongsian ilmu untuk minggu kedua telah selesai. Semoga pembaca blog ini memahami tentang konsep DROPBOX. Semoga anda semua dapat manfaat daripada refleksi yang telah saya kongsikan.

p/s: terdapat penggunaan perkataan bahasa inggeris kerana sukar untuk diterjemahkan dalam bahasa melayu.


SELAMAT BERAMAL DAN SELAMAT MENCUBA!