Assalamualaikum sahabat :)
Seri murni hiasan tamu
Indah mekar tepian muara,
Hari ini kita bertemu,
Moga kekal menjalin mesra
Alhamdulilah..pada minggu ini, Puan Hafizah telah sembuh dan kembali ke kelas seperti biasa. Kelas kembali ceria seperti biasa... Semoga keceriaan ini terus mekar pada minggu yang akan datang... :)
Pada minggu kesebelas, kami telah diberi pencerahan tentang tugasan pada minggu lepas. Puan Hafizah mengimbas kembali apa yang perlu dibelajar pada minggu lepas. Antara pembelajaran pada minggu ini ialah:
POWERPOINT |
GOOGLE DRAW dibawah GoogleDrive |
VIDEO MOVIE MARKER |
MICROSOFT PAINT |
OPEN OFFICE |
Jom kenal apa itu MICROSOFT PUBLISHER dan cara membuat BROCHURE, BOOKLET
[MICROSOFT PUBLISHER]
DEFINISI
Microsoft Pubisher adalah satu program yang boleh dimuat turun ke dalam komputer. Microsoft Publisher adalah program yang digunakan untuk membuat kad pos, tanda-tanda, program dan juga laman web. Ia juga satu program yang sememangnya telah sedia ada di dalam komputer.
LOKASI
Kat mana ye microsoft publisher?? Haaa... mai sini nak tunjuk. Jangan risau semua komputer memang ada program ni cuma kita perlu pandai teroka je. Tengok kat bawah ye.
Nampak tak anak panah tunjuk Microsoft Publisher. Kalau tak jumpa jugak situ.. anda semua boleh cari kat search programs and files. |
BROCHURE
Untuk cepat memaklumkan pelanggan syarikat atau produk anda,
risalah dilipat adalah alat pemasaran yang sempurna.
Lepas je jumpa microsoft publisher kemudian tekan, lepas tu akan keluar macam ni ye
Tekan je BROCHURES |
Akan keluar macam ni, Anda boleh pilih jenis TEMPLATE yang anda suka ye. Macam-macam anda. |
Kemudian, akan keluar macam ni selepas pilih TEMPLATE. Ni muka surat 1. Anda boleh mula tulis ye. Kalau nak bagi cantik lagi guna je aksesori kat atas tu. |
Ni adalah cara melipat BROCHURES |
DONE!!! |
BOOKLET
Sejenis buku kecil adalah salah satu bahan komersial dicetak paling versatil di pasaran.
Dengan lebih banyak ruang dan muka surat untuk bekerja dengan, pelanggan percetakan
boleh dimasukkan sebagai kandungan yang banyak
Lepas je jumpa microsoft publisher kemudian tekan, lepas tu akan keluar macam ni ye
Pilih Newsletter |
Pilih jenis TEMPLATE yang anda suka ye. |
Ni muka surat 1 |
Muka surat 2 & 3 |
Muka surat 4 |
contoh BOOKLET. DONE! |
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulilah.. selesai juga refleksi pada minggu ini walaupun agak lambat. Maafkan saya sebab tidak dapat memberi komitmen yang secukupnya untuk mengupdate blog ini tepat pada masanya. Semoga anda yang berkunjung ke blog saya dapat input yang berguna dan boleh mengaplikasikan dalam kehidupan. Ilmu yang kita belajar kena kongsi tapi jangan COPYPASTE ye.
SELAMAT MENCUBA dan SELAMAT BERAMAL!
No comments:
Post a Comment