Monday, 24 December 2012

# Refleksi minggu 13 #

Assalamualaikum pembuka bicara ....

Terlalu banyak masa yang diambil untuk siapkan tugasan pada minggu ke 13. Bagi saya, tugasan pada minggu ini sangat mencabar kerana ianya perlu dilakukan dengan teliti. Walaubagaimanapun, saya cuba untuk menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Ianya sangat penting kerana tugasan ini akan digunakan dalam kehidupan seorang guru kelak. 


Tugasan pada minggu ini ialah masukkan markah pelajar menggunakan Microsoft Excel. Selain itu, kami juga perlu membuat belanjawan 2012. Markah belanjawan 2012 mengikut berapa bulan kita masukkan data. Ianya kerja secara individu.. Tetapi kami sentiasa membantu satu sama lain. 

1) Key in markah pelajar (menggunakan MICROSOFT EXCEL)

 Buka Microsoft Excel




Hah! tulis cam ni kat atas tu ^^

Tulis nama pelajar 

Tulis markah yang pelajar anda dapat ye :) 

Buat average, minimum, maximum dan std.deviation
- bawah nama pelajar n markah-

Kat bawah tu pulak tulis benda ni ye. Ni kira secara manual.
Lepas tu, tulis GRED ye. Lepas siap ni.. masukkan GRED pelajar sebelah markah.
Nampak tak?

Lepas je siap semua isi, buat la graf ye.. lebih senang nak buat perbandingan 

Yang ni data  markah pelajar yang dah siap :)
benda ni senang je tapi kena ada orang ajar jugak la..
Terima kasih Faten Nazren dan Atiqah Mansor sebab jadi cikgu saya ^^


2) Belanjawan 2012

Untuk belanjawan, kami diberi pendedahan menggunakan perisian sumber terbuka iaitu OpenOffice


Klik Spreadsheet 

Tulis item kat atas tu

Tulis macam ni ye. dapat tak?

Isi maklumat tersebut ye.
Jumlah belanja = item makan + kesihatan


Baki bulan lepas: ambil dari jumlah akhir bulan lepas
Jumlah masuk = elau bulanan + baki bulan lepas
Baki= jumlah masuk-jumlah belanja
Baki baris kedua dan seterusnya : baki baris pertama - jumlah belanja 

Jumlah keseluruhan item di atas.
= highlight 1hb - 30/31 hb

nampak tak ad nama bulan kat bawah sekali? yang tu data bagi bulan seterusnya
haa.. lepas siap jadik la macam ni. Maaf ye ni saya combine page. So, tak lawa. sebab print preview akan mucul setengah page sahaja. Tapi faham kan?? kan?? kan?


Ni adalah contoh untuk bulan Januari. Untuk bulan seterusnya, anda semua boleh guna cara yang sama. Tapi kalau nak senang copy dan paste je sebab secara automatik formula tu akan keluar. Pandai kan?? Kalau tak percaya, try la buat ye. Kepada anda di luar sana, kalau nak markah lebih buatlah sampai bulan Disember ye sebab Puan Hafizah dah pesan, sesape yang nak markah lebih buat banyak ye BULAN belanjawan. 


Saya rasa setakat ini sahaja perkongsian ilmu saya bersama anda semua untuk minggu ke 13. Saya berharap dengan ilmu yang saya coretkan ini mampu membantu anda dalam menyiapkan tugasan. Benda ni agak rumit kerana ia melibatkan formula namun jika ada usaha ianya pasti berjaya. ^^ 

KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK TANPA USAHA YANG KENTAL!


SELAMAT MENCUBA & SELAMAT BERAMAL ^^





No comments: