Assalamualaikum dan salam sejahtera
Minggu pertama kuliah untuk kursus Komputer Dalam Pendidikan, saya telah diberi taklimat tentang perjalanan kursus. Dr.Siti telah memberi pendedahan tentang bagaimana cara untuk berurusan dengan orang lain secara maya. Walaupun kita berurusan dengan seseorang melalui alam mayar kita masih perlu mengekalkan adat kesopanan dan memperlihatkan diri kita sebagai seorang pelajar yang matang. Perkara yang paling utama ditekankan oleh Dr. Siti ialah mengenai email. Sebagai seorang pelajar universiti, kita perlu matang berurusan dalam setiap perkara. Sebagai contog, email yang diguna untuk berurusan dengan pihak atasan perlu menggunakan email rasmi, iaitu email yang menggambarkan nama kita yang sebenar.
Hari ini juga kami telah dibahagikan kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 14 ahli. Saya telah mendapat kumpulan 4 (S1K4) di bawah penyeliaan Dr. Nor Hafizah Adnan. Dr. Hafizah memberikan penerangan secara lebih terperinci tentang proforma kursus ini. Selain itu, saya juga diberi tunjuk ajar bagaimana untuk memasuki yahoo groups untuk kursus ini. Yahoo groups sangat penting kerana pensyarah akan memaklumkan sebarang berita tentang kursus di dalam yahoo groups. Kami juga perlu mencari pasangan untuk melakukan kerja secara berkumpulan kecil. Memandangkan ahli kumpulan kami 13 orang, kumpulan kecil saya terdiri daripada tiga orang iaitu Faten Nazren binti Manaf, Nursya Julia binti Mahmood Zuludin dan Nurul Atiqah binti Mansor.
1) Membuka akaun yahooTugasan yang diberikan kepada kami pada minggu ini adalah:
Langkah 1: Sign up yahoo
Langkah 2: Daftar maklumat diri anda
Langkah 3: Selepas masukkan semua maklumat yang dikehendaki, kemudian tekan
''CREATE MY ACCOUNT.
Langkah 4: Yahoo mail anda telah siap.
Langkah 5: Selepas itu, edit tandatangan bagi yahoo mail anda
* PASTIKAN NAMA EMAIL YANG DIPILIH ADALAH EMAIL YANG FORMAL!
2) Membuka akaun Google
Langkah 1: Buka carian sign up gmail
Langkah 2: Daftar maklumat diri anda
Langkah 3: Ikuti semua arahan yang diberi
Langkah 4: Gmail anda telah siap.
* PASTIKAN NAMA GMAIL YANG DIPILIH ADALAH EMAIL YANG FORMAL!
3) Menyertai Yahoo Group bagi sesi 2012/2013
Langkah 1: Dengan menggunakan yahoo id anda, cari yahoo group
Langkah 2: Terokai segala maklumat yahoo group di bahagian menu sebelah kiri
Langkah 3: Hantar pesanan kepada yahoo group melalui post
Langkah 4: Kemaskini maklumat diri anda pada bahagian database
4) Membuat Yahoo Group secara individu
Langkah 1: Buka carian yahoo groups menggunakan yahoo id formal anda.
Langkah 2: Tekan petak MY GROUPS
Langkah 3: Isikan segala maklumat yang dikehendaki
Langkah 4: Namakan kumpulan anda dengan matrik nombor dan kumpulan kelas
(contoh: a139342s1k4)
Langkah 5: Isikan nama dan program anda di dalam kotak penerangan
(contoh: Nursya Julia binti Mahmood Zuludin-Pendidikan Khas)
Langkah 6: Pastikan anda menukar kumpulan anda kepada close group
Langkah 7: Jemput pensyarah dan penyelia kursus (ge1155@yahoo.com)
Langkah 8: Edit tandatangan email dan masukkan (url) yahoo groups anda
5) Membuka akaun Facebook
Langkah 1: Buka carian facebook
Langkah 2: Pilih ruangan sign up
Langkah 3: Isi maklumat diri anda
Langkah 4: Done!
6) Menubuhkan group dalam akaun Facebook
Langkah 1: Log in facebook
Langkah 2: Di sebelah kiri menu facebook, tekan 'create group'
Langkah 3: Isikan maklumat yang dikehendaki
Langkah 4: Dah siap dan jemputkah kawan anda!
7) Membuat blog
Langlah 1: Dengan menggunakan google/yahoo akaun bina blog formal anda (blogspot/wordpress)
Langkah 2: Isikan maklumat did anda.
Langkah 3: Namakan blog anda dengan nombor matrik dan kumpulan kelas
(contoh: a139342s1k4)
Langkah 4: Masukkan nama dan program anda di dalam kotak penerangan
(contoh: Nursya Julia binti Mahmood Zuludin - Pendidikan Khas)
Langkah 5: Blog anda telah siap! Cantikkan blog anda dengan pilihan sendiri:)
Selamat mencuba dan selamat beramal!
No comments:
Post a Comment