Monday, 24 December 2012

# Refleksi minggu 14 #



Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Terima kasih kerana masih sudi menjenguk blog saya. Semoga segala maklumat dalam blog ni dapat membantu saudara/saudari dalam menyiapkan tugasan seharian. Setiap saat jam berputar. Setiap minit jam bergerak. Putaran masa yang berlaku tidak disedari lantaran kerana terlalu leka. Leka dengan gelak tawa, leka dengan tugasan, leka bahawa PERPISAHAN antara kita semakin hampir. 


Pada minggu ini, kami perlu membentangkan tugasan terakhir. Kami diminta untuk menyiapkan slaid se'grand' yang mungkin dan aplikasikan semua perkara yang telah diajar oleh Puan Hafizah. Sebgai contoh, masukkan lagu, hyperlink, animations dan sebagainya. 

Setiap kumpulan membentangkan dengan cara yang tersendiri. Kumpulan pertama ialah Qudsiyah dan Solehah. Pembentangan mereka sangat HEBAT! Masa diorang bentang, rasa macam duk kat parlimen pulak. Penerangan yanga sangat MANTAP ^^
( KEMAHIRAN ABAD KE21 )


Seterusnya, kumpulan Rahil dan Razi. Slaid diorang sangat CANTIK, CUTE, COMEL tapi tuannya tak comel okey.. hihihi.. (Rahil..sila jangan marah ye). Masa diorang bentang, rasa macam duk negara sejuk.. alal-ala KOREA. Pembentangan mereka sangat 'awesome' dan mudah difahami.
( KEMAHIRAN BERFIKIR & ICT )


Pembentangan seterusnya dari kumpulan Cherry Boom Boom dan Tan Sri Zaim. Masa Cherry bentang ada sedikit masalah teknikal. Lagu yang dimasukkan tidak keluarkan bunyi namun ia dapat diatasi :) Cherry membentangkan tajuk nya dengan bersungguh-sungguh. Muncul pula giliran Tan Sri. Yang ni tak suka sebab last pembentangan Tan Sri, Tan Sri buat ayat yang mengguris jiwa. Memang air mata di hujung tanduk masa tu + dengan lagu yang sentimental. Pang kan! Korang sangat SWEEET !! 
( E-LEARNING & MOBILE LEARNING )


Pembentang yang seterusnya ialah jejaka-jejaka yang macho. Pokloh dan Fitri (sebelum tu, terima kasih Fitri sebab bagi keychain cute dari Australia ). Persembahan diorang menarik + lagu yang rancak. Kalau ada Pokloh, memang tak pernah kering gusi. Ada je lawaknya. Fitri menerangkan dengan sebaik mungkin tajuk kumpulan mereka. Penerangan mereka sangat JELAS dan SEMPURNA!
( WEB 2.0 )


Kumpulan seterusnya ialah kumpulan saya sendiri. Alhamdulilah, tiada halangan yang berlaku semasa pembentangan dijalankan. Semua yang kami rancang berjalan lancar. Kami sangat gembira kerana tiada komen daripada Puan Hafizah. Terima kasih Puan. Pembentangan yang pertama telah mengajar kami untuk memperbaiki kesilapan diri. Terima kasih kepada ahli kumpulan saya yang sangat 'AWESOME'. 

( PERISIAN SUMBER TERBUKA )


Last but not least, kumpulan terakhir ialah Dila dan Ziera. Mereka mengalami banyak masalah teknikal namun berkat semangat yang diberikan oleh kawan sekelas dan Puan Hafizah, mereka dapat melakukan yang terbaik!. Mereka menyampaikan isi-isi slaid dengan RINGKAS, PADAT dan MUDAH FAHAM
(ETIKA PENGGUNAAN INTERNET & KOMPUTER )


Alhamdulilah..selesai juga pembentangan terakhir kami :(
Memandangkan ini adalah kelas terakhir kami, kami bagi SUPRISE untuk Puan Hafizah!

Sempat ambik yang ni je ^^
Puan.. Sweet tak kami? :)





Kami sayang Puan Hafizah. Doakan kami semua berjaya dalam peperiksaan.
Halalkan segala tunjuk ajar yang diberi. Maafkan kami andai kami melukakan
perasaan Puan. Kami akan rindukan puan :(

Semoga perpisahan ini bukan perpisahan yang terakhir :) 






Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad




# Refleksi minggu 13 #

Assalamualaikum pembuka bicara ....

Terlalu banyak masa yang diambil untuk siapkan tugasan pada minggu ke 13. Bagi saya, tugasan pada minggu ini sangat mencabar kerana ianya perlu dilakukan dengan teliti. Walaubagaimanapun, saya cuba untuk menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Ianya sangat penting kerana tugasan ini akan digunakan dalam kehidupan seorang guru kelak. 


Tugasan pada minggu ini ialah masukkan markah pelajar menggunakan Microsoft Excel. Selain itu, kami juga perlu membuat belanjawan 2012. Markah belanjawan 2012 mengikut berapa bulan kita masukkan data. Ianya kerja secara individu.. Tetapi kami sentiasa membantu satu sama lain. 

1) Key in markah pelajar (menggunakan MICROSOFT EXCEL)

 Buka Microsoft Excel




Hah! tulis cam ni kat atas tu ^^

Tulis nama pelajar 

Tulis markah yang pelajar anda dapat ye :) 

Buat average, minimum, maximum dan std.deviation
- bawah nama pelajar n markah-

Kat bawah tu pulak tulis benda ni ye. Ni kira secara manual.
Lepas tu, tulis GRED ye. Lepas siap ni.. masukkan GRED pelajar sebelah markah.
Nampak tak?

Lepas je siap semua isi, buat la graf ye.. lebih senang nak buat perbandingan 

Yang ni data  markah pelajar yang dah siap :)
benda ni senang je tapi kena ada orang ajar jugak la..
Terima kasih Faten Nazren dan Atiqah Mansor sebab jadi cikgu saya ^^


2) Belanjawan 2012

Untuk belanjawan, kami diberi pendedahan menggunakan perisian sumber terbuka iaitu OpenOffice


Klik Spreadsheet 

Tulis item kat atas tu

Tulis macam ni ye. dapat tak?

Isi maklumat tersebut ye.
Jumlah belanja = item makan + kesihatan


Baki bulan lepas: ambil dari jumlah akhir bulan lepas
Jumlah masuk = elau bulanan + baki bulan lepas
Baki= jumlah masuk-jumlah belanja
Baki baris kedua dan seterusnya : baki baris pertama - jumlah belanja 

Jumlah keseluruhan item di atas.
= highlight 1hb - 30/31 hb

nampak tak ad nama bulan kat bawah sekali? yang tu data bagi bulan seterusnya
haa.. lepas siap jadik la macam ni. Maaf ye ni saya combine page. So, tak lawa. sebab print preview akan mucul setengah page sahaja. Tapi faham kan?? kan?? kan?


Ni adalah contoh untuk bulan Januari. Untuk bulan seterusnya, anda semua boleh guna cara yang sama. Tapi kalau nak senang copy dan paste je sebab secara automatik formula tu akan keluar. Pandai kan?? Kalau tak percaya, try la buat ye. Kepada anda di luar sana, kalau nak markah lebih buatlah sampai bulan Disember ye sebab Puan Hafizah dah pesan, sesape yang nak markah lebih buat banyak ye BULAN belanjawan. 


Saya rasa setakat ini sahaja perkongsian ilmu saya bersama anda semua untuk minggu ke 13. Saya berharap dengan ilmu yang saya coretkan ini mampu membantu anda dalam menyiapkan tugasan. Benda ni agak rumit kerana ia melibatkan formula namun jika ada usaha ianya pasti berjaya. ^^ 

KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK TANPA USAHA YANG KENTAL!


SELAMAT MENCUBA & SELAMAT BERAMAL ^^





Monday, 17 December 2012

# Refleksi minggu 12 #

Assalamualaikum sahabat :)

Minggu 12 dah lama berlalu.. tetapi disebabkan terlalu banyak tugasan, terlalai seketika nak update blog ni. Maafkan saya, puan. Saya terlepas pandang tentang tugasan yang diberikan. Alhamdulilah.. masih ada sedikit waktu untuk saya siapkan tugasan yang diberi. 

Pada minggu 12, saya dan rakan-rakan telah diberi penerangan oleh Dr. Siti tentang pentingnya belajar kursus Komputer Dalam Pendidikan. Ianya akan memberi sejuta manfaat apabila kami keluar universiti dan bergelar sebagai seorang GURU.. InsyaAllah. Selain itu, Dr. Siti menunjukkan video pembentangan yang terbaik. 

nak jadi pembentang yang hebat:

- keyakinan diri tinggi
- gunakan perkataan yang awesome 

Dr. Siti juga memberitahu kami kaedah untuk download video dari youtube dengan cara yang mudah. Kalau anda semua nak tahu.. anda boleh gunakan link ini ye : KEEPVID. Kami juga diajar untuk membuat peta minda dengan mudah menggunakan perisian sumber terbuka iaitu FREEMIND. Lawa kalau guna benda ni tapi saya tak pandai nak save lepas buat peta minda tu :(

FREEMIND ni kena download dan install ye :)
Tugasan pada minggu ini ialah presentation menggunakan IMPRESS dan buat BOOKLET menggunakan microsoft word. Jom belajar cara nak buat benda ni ye :)


BOOKLET

Buka microsoft anda semua ye..
 Jangan cakap tak tau kat mana ye Mic.words ye.. Pang kan. :)

Nampak tak anak panah tu?? Klik situ ye. Lepas je klik akan kuar taskbar.
Anda semua pilih New then klik !

Tadaaa!! akan keluar macam ni.
Scroll bawah then pilih newspaper 

Akan kuar macam ni ye.. Pilih la template mana yang tuan/puan suka ye

(p/s: pastikan ada internet ye untuk guna booklet words
 sebab template ni guna  secara online )
Akan keluar macam ni ye lepas kita pilih template.
ni contoh je. Banyak lagi template cantik ^^

:
:
:
:
:
:
:
:
:



NI la booklet saya yang cantik. Semua makluamt isi ye.Jangan tinggal kosong
nanti tak cantik macam saya punya. okey!




IMPRESS
Buka Open Office dulu ye. Make sure install dulu ye 

Klik presentation
Anak panah merah : pilih template
Anak panah pink: tekan next 
Anak panah merah: pilih background
Anak panah pink: tekan next

Anak panah merah: pilih transisi/effect
Anak panah pink: tekan next

Yang ni tak nak isi pun tak pe. Nak isi pun boleh jugak
Tekan create!!
Boleh mula menulis dan mencantikkan slide anda ye

Contoh slide yang dah siap! done!

Semua yang di atas adalah langkah-langkah untuk impress dan booklet. Saya berharap dengan tutorial yang saya lakukan sedikit sebanyak membantu anda. Semoga anda semua dapat siapkan tugasan dengan jayanya. Okey. Masa untuk siapkan tugasan lain. Bye^^. Wassalam

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERAMAL! 






Wednesday, 5 December 2012

# Refleksi minggu 11 #



Assalamualaikum sahabat :)

Seri murni hiasan tamu 
Indah mekar tepian muara, 
Hari ini kita bertemu, 
Moga kekal menjalin mesra

Alhamdulilah..pada minggu ini, Puan Hafizah telah sembuh dan kembali ke kelas seperti biasa. Kelas kembali  ceria seperti biasa... Semoga keceriaan ini terus mekar pada minggu yang akan datang... :)

Pada minggu kesebelas, kami telah diberi pencerahan tentang tugasan pada minggu lepas. Puan Hafizah mengimbas kembali apa yang perlu dibelajar pada minggu lepas. Antara pembelajaran pada minggu ini ialah:


POWERPOINT

GOOGLE DRAW dibawah GoogleDrive

MOVIEMARKER 


VIDEO MOVIE MARKER
MICROSOFT PAINT

OPEN OFFICE
Kami dikehendaki mengaplikasikan kesemua benda ni secara individu. Ada sesetengah perisian di atas telah saya terangkan pada minggu lepas. Puan Hafizah menunjukkan sedikit sebanyak tentang cara menggunakan perisian tersebut. Kesemua aplikasi di atas memberi manfaat yang sangat berguna di dalam kehidupan seharian. Tugasan yang perlu kami siapkan pada minggu ini adalah membuat BROCHURE dan BOOKLET. Kedua-dua tugasan ini dibuat di dalam MICROSOFT PUBLISHER.


Jom kenal apa itu MICROSOFT PUBLISHER dan cara membuat BROCHURE, BOOKLET


[MICROSOFT PUBLISHER]




DEFINISI
Microsoft Pubisher adalah satu program yang boleh dimuat turun ke dalam komputer. Microsoft Publisher adalah program yang digunakan untuk membuat kad pos, tanda-tanda, program dan juga laman web. Ia juga satu program yang sememangnya telah sedia ada di dalam komputer.

LOKASI 
Kat mana ye microsoft publisher?? Haaa... mai sini nak tunjuk. Jangan risau semua komputer memang ada program ni cuma kita perlu pandai teroka je. Tengok kat bawah ye. 


Nampak tak anak panah tunjuk Microsoft Publisher. Kalau tak jumpa jugak situ..
anda semua boleh cari kat search programs and files.

 BROCHURE

 Untuk cepat memaklumkan pelanggan syarikat atau produk anda, 
risalah dilipat adalah alat pemasaran yang sempurna. 


Lepas je jumpa microsoft publisher kemudian tekan, lepas tu akan keluar macam ni ye

Tekan je BROCHURES

Akan keluar macam ni, Anda boleh pilih jenis TEMPLATE yang anda suka ye. Macam-macam anda.
Rabun mata kejap.


Kemudian, akan keluar macam ni selepas pilih TEMPLATE. Ni muka surat 1.
Anda boleh mula tulis ye. Kalau nak bagi cantik lagi guna je aksesori kat atas tu. 

Seterusnya, muka surat 2. Boleh tulis jugak kat sini. Jangan risau. Pastikan anda tulis ye sebab ramai yang tak perasan kehadiran muka surat dua ni.^^
Add caption

Ni contoh BROCHURES yang dah siap.


(Lepas siap tu, anda boleh cetak, pastikan anda mencetak pada kedua-dua muka surat ye)

Ni adalah cara melipat BROCHURES
DONE!!!

 BOOKLET

Sejenis buku kecil adalah salah satu bahan komersial dicetak paling versatil di pasaran. 
Dengan lebih banyak ruang dan muka surat untuk bekerja dengan, pelanggan percetakan 
boleh dimasukkan sebagai kandungan yang banyak

Lepas je jumpa microsoft publisher kemudian tekan, lepas tu akan keluar macam ni ye

Pilih Newsletter
Pilih jenis TEMPLATE yang anda suka ye.
Ni muka surat  1

Muka surat 2 & 3

Muka surat 4
contoh BOOKLET. DONE!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulilah.. selesai juga refleksi pada minggu ini walaupun agak lambat. Maafkan saya sebab tidak dapat memberi komitmen yang secukupnya untuk mengupdate blog ini tepat pada masanya. Semoga anda yang berkunjung ke blog saya dapat input yang berguna dan boleh mengaplikasikan dalam kehidupan. Ilmu yang kita belajar kena kongsi tapi jangan COPYPASTE ye.

SELAMAT MENCUBA dan SELAMAT BERAMAL!