Wednesday, 21 November 2012

# Refleksi minggu 10 #

Assalamualaikum sahabat^^.. 

Alhamdulilah..selamat kembali sahabat ke alam kampus sekian lama bercuti (seminggu je pun)..  Semakin cepat masa berlalu..semakin dekat perpisahan kita semua kan? tinggal 4 minggu je lagi. kesat air mata. bye!

Pada minggu ni, Puan Hafizah tidak dapat hadir ke kelas dan kami telah diajar oleh Dr. Siti Fatimah tentang MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN




Kami perlu belajar banyak perkara tentang Multimedia. Ianya sangat penting kerana akan digunakan dalam kehidupan kita pada zaman kini. Kami perlu mengenal multimedia yang sering digunakan sebelum mengaplikasikannya. Tak kenal maka tak cinta^^. Antaranya adalah: 

2D Graphic Editing Software

-  Microsoft Paint / Paint Brush
- Shapes/smart Art PowerPoint
- GIMP (OSS)
- Online – google draw (collaborative drawing)
- OpenOffice Draw (OSS)
- GIMP


JOM berkenalan dengan Grafik Vektor & Grafik Bitmap

Mengenali beberapa konsep asas seperti grafik vektor, grafik bitmap dan resolusi dapat membantu dalam menghasilkan hasil kerja yang berkesan.Pada dasarnya, grafik komputer terbahagi kepada dua kategori - grafik vektor and imej bitmap. Memahami perbezaan di antara kedua jenis grafik dapat membantu semasa anda membuat kerja. Sesetengah format fail hanya dapat menampung imej bitmap, manakala sesetengah format fail yang lain hanya menampung grafik vektor. Sebagai contoh, imej bitmap yang diimport ke dalam Adobe Illustrator tidak boleh disunting. Imej tersebut hendaklah disunting di dalam perisian seperti Adobe Photoshop.



Grafik vektor?
Grafik vektor terbina daripada garisan-garisan yang mengikut istilah matematik - vektor. Vektor menggambarkan grafik mengikut rupabentuk geometri grafik tersebut. Sebagai contoh, sebiji tayar basikal di dalam format grafik vektor terbina daripada definisi matematik di mana sebuah bulatan dengan radius tertentu, ditetapkan pada lokasi tertentu, dan terisi dengan warna tertentu. Grafik tersebut boleh dialih lokasinya, diubah saiznya, atau ditukar warnanya tanpa kehilangan kualiti grafik. Grafik vektor tidak bergantung kepada resolusi - grafik boleh diubah saiznya dan juga dicetak di atas mana-mana pencetak tidak kira berapa resolusinya tanpa kehilangan kualiti grafik tersebut. Kesimpulannya, grafik vektor adalah paling sesuai untuk teks (terutamanya teks yang kecil) dan grafik yang tebal (bold) di mana apabila diubah saiznya garisan yang jelas mestilah tidak hilang kualitinya - sebagai contoh, logo.Disebabkan monitor komputer memaparkan imej menggunakan grid, kedua-dua grafik vektor dan bitmap dipaparkan sebagai piksel.

Grafik bitmap?
Adobe Photoshop adalah contoh perisian yang menghasilkan grafik bitmap atau juga dikenali sebagai imej raster. Grafik bitmap dipaparkan menggunakan grid (juga dikenali sebagai bitmap atau raster) yang dibentuk daripada kumpulan segiempat kecil (piksel).Setiap piksel terletak di lokasi spesifik and mempunyai warna tertentu. Contohnya seperti grafik tayar basikal di dalam format bitmap terbina daripada kumpulan piksel yang banyak dan terletak di lokasi tertentu.Penggunaan bitmap imej sebagai medium untuk imej seperti fotograf atau imej yang direka di dalam perisian grafik adalah biasa kerana ia dapat memaparkan tona warna (gradient) dengan baik. Imej bitmap bergantung kepada resolusi - imej bitmap memaparkan jumlah piksel yang tertentu. Imej bitmap akan kelihatan kabur jika diubah kepada saiz yang lebih besar di atas skrin atau dicetak untuk resolusi yang lebih tinggi daripada resolusi asal.




PERBEZAAN ANTARA IMEJ VECTOR & BITMAP


JOM berkenalan dengan RGB & CYMK


Satu lagi unsur yang penting ialah jika nak cetak pastikan fail dalam format CMYK bukan RGB. Kerana warna cetakkan dakwat adalah dipecahkan kepada 4 komponen iaitu Black, Mengeta, Yellow dan Cyan.


RGB dan CMYK adalah dua profil warna yang boleh dikatakan paling popular dan sering digunakan dalam industri sekarang. Walaupun perkara ini tidak terlalu dititikberatkan dalam membuat design untuk percetakan, tetapi pengetahuan mengenainya mungkin dapat membantu sesetengah pengguna memahami apakah yang membezakan antara profil warna RGB dan CMYK.RGB- (red, green, blue)

Red, Green dan Blue adalah warna yang dikategorikan sebagai warna-warna tambahan ("additive"). Mengapa ianya dipanggil sedemikian? Kerana latar belakang bagi warna ini adalah hitam. Sekiranya ketiga-tiga warna ini digabungkan bersama, warna yang akan terhasil adalah warna putih. Inilah prinsip yang digunakan dalam televisyen dan skrin monitor anda. Beribu-ribu LED mikro atau tembakan laser akan menyalakan latar belakang hitam berdasarkan kepada tahap kecerahan setiap warna. Variasi keterangan warna RGB ini akan menghasilkan pelbagai tona dan jenis warna yang anda lihat sekarang. Warna-warna ini sebenarnya tidak ditindih antara satu sama lain sebaliknya disusun dengan begitu rapat. Pancaran cahaya dari skrin monitor seterusnya akan memasuki retina mata manusia. Disebabkan oleh susunannya yang terlalu rapat, mata manusia tidak dapat membezakan dan seolah-olah ditipu untuk menghasilkan variasi warna yang pelbagai. Semakin tinggi bilangan warna yang disusun dalam satu ruangan (contohnya 1 inci x 1 inci) semakin tinggi resolusi dan variasi warna dapat dihasilkan. Semakin tinggi resolusi semakin tajam warna dan imej yang dihasilkan. Inilah konsep yang digunakan dalam High Defination yaang menghasilkan 1080 pixel (bilangan pixel) dalam satu inci ruangan. Dalam erti kata mudah, dalam satu inci persegi skrin monitor mengandungi 1080 LED yang menyalakan tiga variasi warna secara bergilir iaitu RGB.

RGB




CMYK (Cyan-Magenta-Yellow-Black)






Berbeza dengan RGB, CMYK terdiri daripada 3 warna utama iaitu Cyan, Magenta dan Yellow. CMYK diklasifikasikan sebagai warna penyerap ("subtractive"). Sekiranya kita mencetak ketiga-tiga warna ini pada kertas putih (berlatar belakangkan putih), cahaya yang dipancarkan kepada kertas akan diserap oleh warna-warna ini. Tahap kekuatan dan ketebalan dakwat yang digunakan akan menentukan jumlah cahaya yang diserap. Sekiranya ketiga-tiga warna ini dicampurkan bersama, keseluruhan cahaya akan diserap dan tiada sebarang cahaya yang dapat dipantulkan masuk ke mata manusia. Ini akan menghasilkan warna hitam. Namun, dalam proses cetakan bagi menghasilkan warna hitam, memerlukan ketiga-tiga warna dicampurkan atau dicetak berulang kali di atas kertas. Walau bagaimanapun, warna yang terhasil adalah bukan warna hitam asli sebaliknya coklat suram. Lapisan yang tebal perlu dilakukan sehingga warna hitam betul-betul terhasil. Keadaan ini akan mengakibatkan kertas mula menjadi basah dan membazirkan dakwat. Disebabkan kelemahan ini, satu warna tambahan iaitu hitam diwujudkan dan dilabelkan sebagai "K" berbanding "B" agar tidak tersalah maksud sebagai "Blue". Oleh itu, dalam dunia pencetakan, selalunya profil warna CMYK ditulis berbanding CMY sahaja. Perhatikan juga bahawa CMYK menggunakan warna yang lebih ringan berbanding RGB kerana dalam prinsip cetakan, untuk hasilkan tona yang lebih gelap hanya perlu tambahkan sukatan dakwat tersebut. Jika warna gelap terus digunakan, cetakan untuk imej terang akan menjadi gelap.


CYMK

PERBEZAAN



 Microsoft Paint / Paint Brush


 Lukisan grafik iaitu satu program mudah yang telah dimasukkan dengan semua versi Microsoft Windows. Ia  sering dirujuk sebagai MS Paint atau Microsoft Paint. Program ini membuka dan menyimpan fail sebagai bitmap Windows (24-bit, 256 warna, 16 warna, dan monokrom, semua dengan lanjutan. Bmp), JPEG, GIF (tanpa animasi atau ketelusan, walaupun Windows 98 versi, menaik taraf Windows 95 , dan versi Windows NT4 menyokong kedua), PNG (tanpa alfa saluran), dan TIFF (tanpa sokongan pelbagai halaman). Program ini boleh berada di dalam mod warna atau dua warna hitam dan putih, tetapi tidak ada skala kelabu mod. Untuk kesederhanaan, ia cepat menjadi salah satu aplikasi yang paling banyak digunakan dalam versi awal Windows memperkenalkan banyak lukisan pada komputer. 

cari sini ye PAINT


Anda boleh pilih warna, berus, bentuk pada menu di atas ye

inilah hasilnya. buruk kan? ok bye

Shapes/smart Art PowerPoint

PowerPoint termasuk ciri dipanggil SmartArt yang membolehkan anda menambah gambar rajah untuk slaid PowerPoint anda. Dengan PowerPoint SmartArt, anda boleh mewujudkan Senarai, Proses, Kitaran, Hierarki, Hubungan, Matrix, dan rajah Piramid. Idea di sebalik gambar rajah SmartArt adalah untuk mewakili senarai peluru sebagai gambarajah bentuk yang saling. 

haa..ni la power point ^^

saya lukis guna bentuk sahaja^^.. cantik kan??

yang ni saya guna SMART ART
pilih INSERT ---------------> SMART ART

yang ni saya guna CHART
pilih INSERT --------------> CHART

GIMP (OSS)


GIMP (GNU Program Manipulasi Imej) adalah imej retouching dan menyunting alat dan dikeluarkan di bawah lesen GPLv3 sebagai perisian percuma dan sumber terbuka. Terdapat versi GIMP disesuaikan untuk kebanyakan sistem operasi termasuk Microsoft Windows, Mac OS X dan Linux. GIMP mempunyai alat-alat yang digunakan untuk imej retouching dan menyunting, bentuk-bebas lukisan, saiz semula, tanaman, foto montaj, menukar antara format imej yang berbeza, dan lebih khusus tugas. Imej animasi seperti GIF dan fail MPEG boleh diwujudkan menggunakan plugin animasi. Pemaju dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap GIMP mempunyai visi produk untuk GIMP berusaha untuk menjadi akhir yang tinggi percuma perisian grafik permohonan untuk menyunting dan penciptaan imej asal, gambar, ikon, unsur-unsur grafik bagi laman web.

GIMP
contoh lukisan



hasil gambar yang saya edit menggunakan GIMP. Lawa tak?


Online – google draw

Lukisan Google adalah alat yang dimasukkan dengan Google Docs. Anda boleh menggunakan Google Docs lukisan untuk membuat carta, gambar rajah, reka bentuk, dan banyak lagi. Kami telah menggunakan alat ini di Google untuk membuat segala-galanya daripada tempoh masa projek untuk melancarkan rancangan. Berikut adalah beberapa contoh-contoh apa yang anda boleh membuat:


buka GOOGLE DRIVE  ----------> tekan CREATE ------------> pilih DRAW


nak start lukis tu.. carik la aksesori kat atas tu ye..^^
ni lah hasil lukisan saya yang cantik.. saya suga guna benda ni sebab kita boleh masukkan imej..
nampak tak gambar saya sebelah lukisan orang??
 
OpenOffice Draw (OSS)         
        

OpenOffice.org adalah projek yang dikendalikan oleh sukarelawan. Tujuannya adalah untuk membina satu suite pejabat bertaraf dunia, terbuka kepada semua. Setiap orang adalah bebas untuk mengagihkan semula perisian ini. Apache OpenOffice adalah sumber terbuka pejabat perisian produktiviti suite mengandungi pemproses perkataan, spreadsheet, persembahan, grafik, formula editor, dan aplikasi pengurusan pangkalan data. Format fail OpenOffice adalah Open Document Format (ODF), standard ISO / IEC. Ia juga boleh mengendalikan format fail lain termasuk mereka dari Microsoft Office. OpenOffice berjalan pada beberapa sistem operasi. Sehingga Jun 2011, ia menyokong lebih 120 bahasa. Ia diedarkan di bawah Lesen Apache.

* Ianya satu perisian yang perlu di muat turun sebelum menggunakannya *

Open Office

Pilih DRAWING
contoh lukisan yang menggunakan Open Office
Setakat ini sahaja yang saya mampu persembahkan untuk minggu ke 10. Semoga apa yang terkandung dalam blog saya ini mampu membantu saudara/saudari dalam menyiapkan tugasan. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa jenguk blog saya ni ye.. 
                                                                   

Wednesday, 14 November 2012

happy holiday^^



Minggu ni cuti mid sem:) HAPPY HOLIDAY dear^^




Walaupun cuti, tugasan jangan dilupakan ye kawan-kawan^^



"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup

 sampai kepada penghabisan umur"

 ~ Hamba Allah ~

Friday, 9 November 2012

# Refleksi minggu 9 #

jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat saya dunia dan akhirat..InsyaAllah..Terlalu cepat masa berlalu sampaikan kita tidak menyedari kita semakin hampir dengan penghujung semester 1.Sedih kan? Berapa minggu lagi kita dapat bersama dalam kelas yang happening macam ni?  InsyaAllah.. semoga ukhwah yang terjalin antara kita tidak akan ternoktah di sini^^

Pada minggu ini, kami diberi ilmu yang sangat berguna dan penting untuk dipelajari. Ilmu ini akan digunakan dalam waktu bekerja kelak serta semasa menjalankan projek tahun akhir kami. Ingat lagi tak, 2 minggu lepas, kami perlu lakukan survey tentang tugasan kami, PERISIAN SUMBER TERBUKA. Setelah survey dijalankan, kami perlu menganalisis data yang diperolehi dalam survey yang telah dijalankan. Bagaimana cara untuk analisis data? haaa.. Meh nak ajar. Tapi sebelum tu, jom kita berkenalan serba sedikit tentang perisian analisis data supaya kita lebih memahaminya. Tak kenal maka tak cinta kan? :)

ni la perisian untuk kita anailis data

SPSS adalah pakej perisian yang digunakan untuk analisis statistik. Secara rasmi ia kini dinamakan IBM SPSS Statistik. Ia juga digunakan untuk mengarang ukur dan penempatan ( IBM SPSS Data Collection ), perlombongan data ( IBM SPSS Modeler ), analisis teks dan kerjasama serta penempatan ( batch and automated scoring services ). Untuk menggunakan SPSS, kita perlu INSTALL perisian ini terlebih dahulu. 

Untuk install perisian ini, saya tidak mahir untuk memberi tunjuk ajar kepada saudara/saudari. Saya meminta pertolongan Encik Mansor, juruteknik makmal komputer untuk install perisian SPSS di dalam laptop saya. Alhamdulilah, sekarang laptop saya dah ada SPSS. ^^



nampak tak SPSS tu??

BAGAIMANA NAK GUNA SPSS?

1) Klik pada shortcut SPSS di desktop anda

2) Keluar la macam ni


dapat tak?


variable views- untuk masukkan data hasil kajian
name: soalan (secara ringkasan) type: jenis soalan width: panjang jawapan responden
 -masukkan data di 3 column tersebut-


data view-  untuk melihat data yang telah dihasilkan di variable view
masukkan jawapan yang telah diberikan oleh responden di ruangan yang disediakan
3) Hasil kajian 


klik analyze ----> descriptive statistics ----> frequencies


4) Anda boleh memilih sebarang bentuk hasil kajian. Sebagai contoh, anda boleh memilih statistik, carta pai, carta bai, histogram dan sebagainya.

5) Contoh data saya yang telah di analisis. Sebagai permulaan, saya hanya megambil 5 orang responden dan kesemua data mereka telah di masukkan ke dalam SPSS.

Hasil kajian menggunakan frekuensi
Hasil kajian menggunakan carta bar


Hasil kajian menggunakan carta pai

Alhamdulilah. Dengan tunjuk ajar yang diberikan oleh Puan Hafizah saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Sebelum mengakhiri kelas, Puan Hafizah memberitahu kami bahawa soalan final exam berkisarkan apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Untuk carrymark, setiap tugasan yang diberi akan dikira markah terutama blog. Semoga dengan berita ini, semua pelajar dapat membuat persiapan yang rapi untuk peperiksaan. Saya juga berharap, melalui blog saya, ianya dapat membantu saudara/saudari dalam menyediakan laporan data tentang kajian yang dijalankan.


Ini adalah KAJIAN MINI tentang PERISIAN SUMBER TERBUKA. Hasil daripada soal selidik yang dijalankan pada minggu lepas. 



Tajuk:
KAJIAN MINI

Nama ahli kumpulan:
                        Nursya Julia Binti Mahmood Zuludin                      A139342
                        Faten Nazren Binti Manaf                                        A140254
                        Nurul Atiqah Binti Mansor                                        A141376

Nama Pensyarah:
Puan Nor Hafizah binti Adnan

ISI KANDUNGAN



PERKARA
MUKA SURAT
1.0

Pengenalan
1-2
2.0

Literatur kajian
2-4

2.1

Pendahuluan
2

2.2

Kajian-Kajian Berkaitan
2-4
3.0

Objektif
4
4.0

Kepentingan
4
5.0

Metodologi kajian
4-6

5.1

Reka Bentuk Kajian
4-5

5.2

Instrument Kajian
5

5.3

Responden Kajian
5-6

5.4

Prosedur Kajian
6

5.5

Analisis Data
6
6.0

Dapatan kajian
7-25
7.0

Perbincangan
26
8.0

Penutup
26-27
9.0

Rujukan
27






ABSTRAK
Perisian Sumber Terbuka telah banyak menyumbang faedah dalam dalam urusan seharian. Antaranya meningkatkan peluang pekerjaan, meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos, membantu dalam pengurusan sumber, meningkatkan perkhidmatan pelanggan, membawa kelebihan kompetatif, meningkatkan komunikasi, kualiti produk dan perkhidmatan serta keselamatan. Di samping itu juga perisian sumber terbuka membuka ruang baru dalam bidang pendidikan dengan penggunaan kaedah pendidikan maya. Penggunaan perisian sumber terbuka merupakan subkelas perisian komputer yang menggunakan keupayaan komputer secara langsung dan sepenuhnya bagi melaksanakan tugasan yang diingini pengguna. Aplikasi perisian sumber terbuka adalah penting untuk menjana idea pelajar dalam pengiraan kompleks, meneroka geometri dan konsep kalkulus menggunakan kaedah pembelajaran yang lebih dinamik.


ABSTRACT
Open Source software has contributed much interest in the daily. Among increase employment opportunities, improve productivity, reduce costs, help in the management of resources, improve customer service, bring competitive advantage, improve communication, quality and safety of products and services. Open source software also open new avenues in the field of education with the use of virtual education. The use of open source software is a subclass of computer software that leverages the capabilities of a computer directly and thoroughly to perform the desired tasks users. Applications open source software is important for students in the computation of generating complex ideas, explore geometry and calculus concept learning more dynamic.


1.0 PENGENALAN
Perisian sumber terbuka merujuk kepada perisian sumber bebas yang mempunyai kod. Pada dasarnya, akses terbuka kod sumber memberi manfaat kepada pengguna kerana ia boleh mengubah dan menyesuaikan perisian untuk lebih memenuhi keperluan mereka. Kod sumber dan hak-hak tertentu lain yang biasanya dikhaskan untuk pemegang hak cipta yang diperuntukkan di bawah lesen sumber terbuka yang membenarka pengguna untuk mengkaji, mengubah, memperbaiki serta mengedarkan perisian.
Perkembangan perisian sumber terbuka seiring dengan perkembangan modenisasi kerana ianya sangat perlu dan penting dalam kehidupan kita. Penggunaannya juga dijamin selamat. Di samping itu juga, pengguna perisian sumber terbuka boleh mempakej perisian semula versi sendiri dan menjualnya mengikut syarat-syarat tertentu. Antara perisian sumber terbuka yang mendapat perhatian orang ramai seperti kernel Linux, Apache web server, sistem pangkalan data mySQL, web pelayar MOZILLA dan sebagainya.
Perisian sumber terbuka dijalankan bagi memberi kebebasan kepada pengguna untuk menjalankan apa sahaja program. Pengguna perlu bebas untuk mempelajari bagaimana sesuatu program beroperasi serta sesuai dengan kebolehan diri sendiri. Pengguna juga perlu mempelajari mengakses kod program. Di samping itu, perisian sumber terbuka adalah satu perisian yang diedarkan secara percuma. Jadi, kita tidak perlu risau tentang lesen. Oleh itu, kita perlulah selalu meneroka tentang perisian sumber terbuka kerana ianya sangat meluas dan mempunyai banyak faedah dan manfaat.
2.0 LITERATUR LEPAS
            2.1 Pendahuluan
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan orang ramai tentang perisian sumber terbuka. Dan bagi mereka yang telah mahir tentang perisian sumber terbuka, adakah mereka mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian?
            2.2 Kajian-Kajian Berkaitan
Pengkaji menjalankan beberapa kajian terhadap kajian-kajian lepas untuk mendapatkan bukti dan maklumat tambahan tentang pengetahuan pelajar dan masyarakat terhadap perisian sumber terbuka. Di samping itu, melalui kajian lepas pengkaji akan lebih jelas tentang pengetahuan masyarakat dan pelajar terhadap perisian sumber terbuka.
Kajian lalu yang pertama bertajuk Open Source Linux vs. Windows A platform of comparison yang ditulis oleh Constantin Nistor yang menceritakan sejarah pensipataa perisisan sumber terbuka. Ia bermula dengan pengenalan sistem operasi UNIX dalam tahun 1960-an hinggalah penciptaan Kernel Linux oleh Linus Torvalds pada 1991 dan dapat digunakan oleh pengguna komputer di seluruh dunia sebagai alternatif kepada perisian berbayar. Pada bahagian perbincangan, penulis telah membuat kajian perbandingan antara sistem operasi Linux dan Windows. Hujah penulis dalam jurnal ini juga sesuai iaitu beliau menyokong penggunaan perisian sumber terbuka iaitu Linux kepada pengguna.
Seterusnya, jurnal kedua iaitu Defining Open Source Software Project Success. Jurnal ini mentakrifkan kejayaan projek perisian sumber terbuka. Jurnal ini juga mempunyai slot kajian kepustakaan. Ia berkaitan model yang digunakan iaitu Model Kejayaan DeLone dan McLean (1992, 2002, 2003). Model ini mencadangkan enam ukuran kejayaan yang saling berkaitan iaitu kualiti sistem, kualiti maklumat, penggunaan, kepuasan pengguna, kesan kepada individu dan kesan kepada organisasi. Perbincangan juga terdapat dalam kajian ini dan hasil kajian menunjukkan pembangun mencari penglibatan, kepuasan dan keseronokan sendiri menjadi ukuran kepada kejayaan projek konsisten dengan pandangan perisian sumber terbuka sebagai perisian yang boleh menyelesaikan masalah.
Jurnal ketiga yang diulas bertajuk Free/Libre Open Source Software Implementation in Schools: Evidence From The Field And Implication For The Future. Jurnal ini membincangkan sumbangan pelaksanaan perisian sumber terbuka dan bebas kepada pembelajaran bersama dan kolaborasi dalam persekitaran pendidikan berbanding perisian berpemilik. Kelebihan jurnal ini ialah penulis keduanya merupakan bekas pelajar di Keynes High School 15 tahun lalu. Kini beliau telah menjawat sebagai pembangun sistem dan guru kursus komputer.
Jurnal yang terakhir bertajuk Moodle Perisian Sumber Terbuka yang dirangka oleh Atan et.al (2006). Moodle digunakan sebagai platform e-learning yang dipertanggungjawabkan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulum dalam membangunkan perisian tersebut. Menurut Moodle dalam moodle.org (2011) mentakrifkan e-learning sebagai satu pakej perisian sumber terbuka yang diperolehi secara percuma dan direka bentuk untuk membantu pendidik semasa membina kursus atas talian. Atan et.al (2006) menyatakan kebaikan utama Moodle adalah reka bentuknya yang berasaskan pendekatan konstruktivisme iaitu memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk membina dan menimba ilmu pengetahuan melalui aktiviti perkongsian maklumat dan perbincangan di atas talian.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Secara khusus objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan masyarakat terutama para pelajar institut pengajian tinggi (IPT) mengenai perisian sumber terbuka.

4.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Terdapat beberapa kepentingan kajian yang diperolehi. Antaranya ialah mengesan pengetahuan dan perkembangan masyarakat tentang komputer. Selain itu, kajian ini sangat penting untuk pengkaji membuat perbandingan di antara tahap pengetahuan pelajar universiti dan masyarakat biasa. Seterusnya, maklumat yang didapati daripada kajian diperlukan untuk membantu pensyarah, guru atau pihak kerajaan merancang program kesedaran mengenai perisian sumber terbuka.

5.0 METODOLOGI KAJIAN
Data untuk kajian ini diperoleh daripada survei yang dijalankan daripada Survey Monekey dan Google Docs. Kajian ini melibatkan lebih dari 10 soalan tentang perisian sumber terbuka. Data yang digunakan dalam kajian ini berasaskan kepada data yang telah dikumpul dari tugasan Perisian Sumber Terbuka.
       5.1 Reka Bentuk Kajian
Kaedah
i)     Soal selidik
Soal selidik merupakan satu kaedah di mana suatu susunan soalan yang tersusun untuk mendapatkan respon daripada responden. Responden dikehendaki untuk menjawab soalan yang dikemukakan dalam borangsoal selidik. Nilai penyelidikan bergantung kepada mutu soal selidik maka, ia amat penting bagipengkaji. Soal selidik akan kabur sekiranya mutu soal selidik tidak dititikberatkan. Bertujuan untuk mendapatkan data daripada responden. Ia berkait rapat dengan permasalahan yang menyebabkan kajian tersebut dilakukan. Setiap soalan haruslan saling berhubung bagi mengukur konsep yang hendak dikaji dalam hipotesis.


ii) Penilaian
Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) menyatakan bahawa penilaian adalah  proses pengumpulan maklumat tentang kemajuan dan perkembangan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Pelaksanaan penilaian perlu dilakukan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Selain itu, penilaian juga adalah proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data untuk tentukan sama ada sesuatu perkara mencapai objektif atau sebaliknya (Gay, 1985). Melalui penilaian, ia boleh membantu untuk membuat pertimbangan tentang keberkesanan program pengajaran, prosedur dan polisi.
Tempat kajian
Tempat kajian yang terlibat tidak khusus kerana pengkaji menggunakan survei secara talian untuk menjalankan kajian ini.
        5.2 Instrument Kajian
i)  Soal selidik
Pengkaji telah merangka soalan menggunakan Survery Monkey dan Google Docs. Soalan yang dirangka berpandukan tugasan ilmiah Perisian Sumber Terbuka. Pengkaji menggunakan dua cara yang berbeza tetapi soalan yang sama kerana untuk mempelbagaikan kaedah survei. Pengkaji menggunakan media sosial untuk menjalankan survei tersebut. Hal ini kerana, bagi memudahkan responden menjawab secara langsung tentang soalan tersebut menggunakan Survey Monkey atau Google Docs. Antara media sosial yang terlibat ialah facebook , twitter, e-mail dan blog. Antara media yang paling mendapat sambutan ialah facebook.
         5.3 Responden Kajian
Survei tersebut telah dijalankan ke atas masyarakat awam khususnya kepada pelajar IPT. Pelajar IPT dipilih kerana mereka perlu mempunyai kesedaran yang tinggi tentang perisian sumber terbuka bagi mengaplikasikannya dalam kehidupan sepanjang bergelar sebagai seorang pelajar mahupun sebagai seorang pekerja.
        5.4 Prosedur Kajian
Sebelum pengkaji memulakan kajian, pengkaji menyiapkan tugasan ilmiah tentang Perisian Sumber Terbuka. Pengkaji mencari bahan rujukan buku serta jurnal di dalam talian. Setelah menyiapkan tguasan tersebut, pengkaji perlu menyiapkan 10 soalan ke atas mengenai tugasan tersebut. Pengkaji menggunakan dua kaedah survei iaiti SurveyMonkey dan GoogleDocs. Semasa kajian dijalankan, pengkaji telah menghantar soalan tersebut dengan menggunakan media sosial iaitu facebook, twitter, e-mail dan juga blog. Pengkaji turut masukkan tentang tugasan ilmiah tersebut ke dalam blog bagi memudahkan responden mendapat jawapan. Selepas kajian dijalankan, pengkaji menganalisis maklumat survei tersebut. Proses analisia maklumat sangat penting bagi menilai tahap pengetahuan tentang perisian sumber terbuka.
         5.5. Analisis Data
Setelah proses kajian dijalankan, pengkaji menganalisis data bagi mendapat keputusan yang tepat serta mencapai objektif kajian.Kebiasaanya, data-data yang akan dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik, kekerapan, purata dan perautusan yang terdapat dalam perisian komputer tertentu. Pengkaji menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Science). SPSS adalah pakej perisian yang digunakan untuk analisis statistik. Secara rasmi, ia kini dinamakan IBMM SPSS Statistik. Menggunakan SPSS untuk menganalisis data perlukan kemahiran dan penguasaan yang baik dalam memahami setiap prosedur dengan betul.
6.0 DAPATAN KAJIAN
Berikut adalah hasil daripada kajian soal selidik yang telah dijalankan. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan responden mengenai perisian sumber terbuka. Kajian ini dijalankan keatas 10 orang responden.
ANALISIS SOAL SELIDIK PERISIAN SUMBER TERBUKA RESPODEN SERAMAI  10 ORANG

Jadual diatas menunjukkan analisis statistic keseluruhan soal selidik tentang perisian sumber terbuka yang melibatkan 10 orang responden terhadap soalan-soalan yang diberikan..





Jadual 1



Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
Valid
lelaki
3
30.0
30.0
30.0
perempuan
7
70.0
70.0
100.0
Total
10
100.0
100.0




Jadual dan rajah diatas menunjukkan jantina responden yang member respon kepada kaji selidik ini. Responden perempuan lebih ramai berbanding responden lelaki.

Jadual 2


Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
Valid
19
3
30.0
30.0
30.0
20
6
60.0
60.0
90.0
21
1
10.0
10.0
100.0
Total
10
100.0
100.0









Jadual dan rajah  diatas menunjukkan tahap umur responden yang member respon kepada kaji selidik kami. Kebanyakkan responden beumur awal remaja iaitu sekitar 19 hingga 21 tahun.
Jadual 3


Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
Valid
besut,terengganu
1
10.0
10.0
10.0
kedah
1
10.0
10.0
20.0
kelantan
4
40.0
40.0
60.0
pahang
2
20.0
20.0
80.0
perak
1
10.0
10.0
90.0
raub,pahang
1
10.0
10.0
100.0
Total
10
100.0
100.0

Jadual dan rajah diatas menunjukkan demografi tempat asal responden yang menjawab kaji selidik ini. Kebanyakkan responden berasal dari kawasan pantai timur.

Jadual 4


Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
Valid
1-4
1
10.0
10.0
10.0
2
1
10.0
10.0
20.0
3/4/2012
1
10.0
10.0
30.0
4-6 jam sehari
1
10.0
10.0
40.0
5
3
30.0
30.0
70.0
5-10 kali
1
10.0
10.0
80.0
bnyak kali
1
10.0
10.0
90.0
lbih 2 kali
1
10.0
10.0
100.0
Total
10
100.0
100.0


Jadual dan rajah diatas menunjukkan kekerapan responden menggunakan computer dalam masa satu hari.


Jadual 5


Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
Valid
tidak
2
20.0
20.0
20.0
ya
8
80.0
80.0
100.0
Total
10
100.0
100.0


Jadual dan rajah menunjukkan responden yang telah menggunakan perisian sumber terbuka. Kebanyakkan responden telah menggunakan perisian sumber terbuka ini.
Jadual 6


Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
Valid

1
10.0
10.0
10.0
perisian percuma y boleh kongsi mklumat dgn org lain
1
10.0
10.0
20.0
perisian y didapati scara percuma
1
10.0
10.0
30.0
smber pcuma dan bleh dibaiki tnpa skatan
1
10.0
10.0
40.0
software ybleh download dr intnet
1
10.0
10.0
50.0
tidak
1
10.0
10.0
60.0
tmpat utk cari dan kongsi sgala mklumat
1
10.0
10.0
70.0
x fhm lngsung.thu main fb je
1
10.0
10.0
80.0
x tahu
2
20.0
20.0
100.0
Total
10
100.0
100.0






Jadual dan rajah menunjukkan tahap kefahaman responden mengenai perisian sumber terbuka.

Jadual 7


Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
Valid

1
10.0
10.0
10.0
tidak
1
10.0
10.0
20.0
ya
8
80.0
80.0
100.0
Total
10
100.0
100.0


Jadual dan rajah diatas menunjukkan respon respoden terhadap soalan berkaitan perisian sumber terbuka ini selamat digunakan atau tidak. Kebanyakan responden menjawab ianya selamat.


Jadual 8

bil_fsal_oss

Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
Valid
3
2
20.0
25.0
25.0
5
4
40.0
50.0
75.0
9
2
20.0
25.0
100.0
Total
8
80.0
100.0

Missing
System
2
20.0


Total
10
100.0


Jadual dan rajah diatas menunjukkan respon responden terhadap soalan berkaitan bilangan perisian sumber terbuka. Perisian sumber terbuka mengandungi 9 fasal. Hanya 20% menjawab dengan betul.


Jadual 9


Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
Valid

9
90.0
90.0
90.0
xthu
1
10.0
10.0
100.0
Total
10
100.0
100.0

Jadual dan rajah diatas menunjukkan respon responden terhadap soalan fasal perisian sumber terbuka. Kebanyakan responden mengetahui fasal tersebut.
Jadual 10


Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
Valid

2
20.0
20.0
20.0
fb
1
10.0
10.0
30.0
google
1
10.0
10.0
40.0
google docs,facebook,linux
1
10.0
10.0
50.0
google docs.php
1
10.0
10.0
60.0
linux,unix
1
10.0
10.0
70.0
mozilla firefox,gimp,open office
1
10.0
10.0
80.0
tdk pasti
1
10.0
10.0
90.0
tidk tahu
1
10.0
10.0
100.0
Total
10
100.0
100.0


Jadual dan rajah diatas menunjukkan respon responden terhadap jenis perisian sumber terbuka yang digunakan oeh mereka. Rata-rata mereka kebanyakannya sudah biasa menggunakan kebanyakkan perisian sumber terbuka yang terkenal.

Jadual 11


Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
Valid

2
20.0
20.0
20.0
kbaikan:mdh ddpti,prcuma..klmahan:trhad,x rmai org guna
1
10.0
10.0
30.0
kbaikan:prcuma,sng digunakn..kburukan:mudah dipelopori olh o
1
10.0
10.0
40.0
kbaikn:bleh guna bila2 masa..klmhan:xbleh guna klu xde intne
1
10.0
10.0
50.0
kbaikn:free,blh download bile2 mase...kburukn:xde warranty
1
10.0
10.0
60.0
kebaikan:mdhkn org cari mklumat..klmhan:mmbinasakn org lain
1
10.0
10.0
70.0
tdk thu
1
10.0
10.0
80.0
x pasti
1
10.0
10.0
90.0
x thu
1
10.0
10.0
100.0
Total
10
100.0
100.0


Jadual dan rajah diatas menunjukkan respon responden terhadap kelemahan perisian sumber terbuka. Hanya 10% sahaja respon bagi setiap jawapan.


Jadual 12


Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
Valid
retouching foto,imej komposisi dan krang imej
1
10.0
10.0
10.0
semua di atas
7
70.0
70.0
80.0
utk jlnkn apa shja program
2
20.0
20.0
100.0
Total
10
100.0
100.0

Jadual dan rajah diatas menunjukkan kebanyakan responden menjawab semua jawapan yang diberikan.

Jadual 13


Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
Valid
abdullah abrahman
1
10.0
10.0
10.0
bill jolitz
2
20.0
20.0
30.0
linus torvalds
7
70.0
70.0
100.0
Total
10
100.0
100.0

Jadual dan rajah diatas menunjukkan majority responden menjawab inus torvalds merupakan pelaksana versi 1 kernet linux.

Jadual 14


Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
Valid
mrid prasklh
8
80.0
80.0
80.0
prniagaan kecil
1
10.0
10.0
90.0
syarikat
1
10.0
10.0
100.0
Total
10
100.0
100.0

Jadual dan rajah diatas menunjukkan responden kebanyakkannya menjawab murid prasekolah yang tidak menggunakan perisian sumber terbuka.

Jadual 15

Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
Valid
beri manfaat tambahan
1
10.0
10.0
10.0
memenuhi piawaian kualiti syarikat
2
20.0
20.0
30.0
menarik dan mengagumkan
4
40.0
40.0
70.0
mmnuhi piawaian kualiti syarikat
1
10.0
10.0
80.0
percuma
2
20.0
20.0
100.0
Total
10
100.0
100.0


Jadual dan rajah diatas menunjukkan respon pengguna terhadap aspek pemilihan perisian sumber terbuka. Majority menjawab menarik dan mengagumkan. Jawapan ini salah.

Jadual 16


Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
Valid
ya
10
100.0
100.0
100.0

Jadual dah rajah diatas menunjukkan majority responden menjawab perisian sumber terbuka memberi manfaat.
7.0 PERBINCANGAN
Dapatan kajian ini telah mengenalpasti tahap pengetahuan orang ramai mengenai perisian sumber terbuka. Berdasarkan dapatan kajian yang kami perolehi tahap pengetahuan orang ramai terutama pelajar tentang perisian sumber terbuka amat memuaskan kerana rata-rata mereka pernah menggunakan perisian sumber terbuka ini. Namun,ramai yang masih tidak mengetahui latar belakang serta sejarah perisian sumber terbuka ini. Sebagai pelajar di institusi pengajian tinggi mereka perlu mengetahui tentang perisian sumber terbuka kerana perisian-perisian ini yang akan sering digunakan oeh mereka sepanjang proses pembelajaran kerana pada masa kini internet di hujung jari. Segala kerja yang dilakukan mesti menggunakan internet. Perisian sumber terbuka amat ber manfaat kepada pelajar kerana ianya percuma dan dan menjimatkan kos perbelanjaan. Justeru itu, perisian sumber terbuka amat berguna kepada sesebuah organisasi dan kepada para pelajar.

8.0 PENUTUP
Konsep Perisian Sumber Terbuka masih belum difahami oleh masyarakat khususnya mahasiswa dan mahasiswi. Mereka menggunakan aplikasi perisian sumber terbuka namun mereka kurang memahami tentang konsep perisian sumber terbuka. Melalui survei yang dijalankan, tidak ramai yang mampu menjawab keseluruhan soalan walaupun tugasan ilmiah perisian sumber terbuka telah diberi.
Untuk meningkatkan pengetahuan mahasiswa serta masyarakat awam, kita perlu mengambil inisiatif memberi kesedaran tentang perisian sumber terbuka. Ianya sangat penting kerana perisian sumber terbuka memberi banyak manfaat kepada kita. Hal ini kerana, semua orang boleh menggunakan aplikasi perisian sumber terbuka tanpa ada batasan. Kita juga boleh menerokai pelbagai perkara yang menarik menggunakan perisian sumber terbuka.
Oleh itu, pelbagai cara perlu diambil supaya masyarakat kita celik IT tentang perisian sumber terbuka. Semua pihak khususunya pihak kerajaan, universiti, sekolah perlu mangadakan kempen atau seminar tentang perisian sumber terbuka supaya masyarakat kita tidak ketinggalan dalam era globalisasi. Bagi mencapai kemajuan negara, kita perlu bergerak ke hadapan supaya mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju.

9.0 RUJUKAN
Crowston, K., Annabi, H., and Howison, J. 2003. Defining Open Source Software Project
Success. Twenty-Fourth International Conference on Information Systems.
Malaysian Public Sector Open Source Competency Centre (OSCC). 2010.
Seddon, P. B. 1997. A Respecification and Extension of the DeLone and McLean Model of IS
Success, Information Systems Research (8.3), pp. 240-253.
Hizral Tazzif Hisha. 2004. Perisian komersial, sumber terbuka untungkan pengguna.
Berita Harian, 23 Jun: 03.


SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERAMAL^^